Wanita PBB N.40 Kabong dan N.45 Repok Anjur Program Muhibah

0
1142
Pemangku Ketua Wanita PBB N.40 Kabong Puan Norma Binti Ahmadi semasa mempengerusikan Mesyuarat AJK Induk Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.40 Kabong

KABONG, 11 Disember 2019 (SNN) : Wanita PBB N.40 Kabong berikrar akan terus memberi sokongan kepada pemimpin dan Kerajaan Sarawak bagi memastikan negeri ini kekal milik GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Pemangku Ketua Wanita PBB N.40 Kabong Puan Norma Binti Ahmadi berkata, Wanita PBB Kabong yakin dan percaya terhadap apa jua keputusan dan tindakan pemimpin negeri adalah menjurus kepada kepentingan rakyat.

Beliau berkata, sokongan padu terhadap Kerajaan GPS dan  Negeri Sarawak turut disertai dengan kerja keras mempromosi tujuan penubuhan GPS adalah demi kemakmuran rakyat dan ekonomi Sarawak.

Wanita PBB Kabong akan beri sokongan tanpa berbelah bahagi kepada pemimpin negeri untuk memastikan GPS kekal memerintah selepas PRN Ke-12.

“Kita menyedari iklim politik hari ini jauh lebih mencabar berbanding sebelumnya. Justeru kita sudah merancang strategi dan bersatu dalam pakatan untuk memastikan kemenangan,” kata beliau kepada SNN yang disampaikan oleh Encik Nur Elffi Bin Amir yang merupakan Pegawai Tugas Khas kepada ADUN Kabong, Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat AJK Induk Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.40 Kabong minggu lepas.

Dalam pada itu, antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah mengenai persiapan menerima lawatan Wanita PBB daripada DUN N.45 Repok ke Kabong. Program yang menggabungkan antara Wanita N.40 Kabong dan N.45 Repok tersebut dijangka diadakan pada 14 Disember 2019 yang merupakan sebahagian daripada lawatan Muhibbah Wanita PBB DUN N.45 Repok ke Kabong.

“Pada mesyuarat ini, kita juga bersetuju menganjurkan program yang akan diadakan di Pantai Tanjung Kembang Kabong yang dijangka disertai lebih 40 orang ahli Wanita PBB N.40 Kabong dan N.45 Repok. Antara program yang akan diadakan termasuk sukaneka, perbincangan berkaitan kerjaya wanita dan pekerjaan, harmoni dan solidariti serta keganasan rumah tangga dan keganasan terhadap kanak-kanak, juga beberapa program lain”, tambahnya.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah mengenai persiapan menerima lawatan Wanita PBB daripada DUN N.45 Repok ke Kabong.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here