More
    Home Wacana Intelektual sokong novel Melayu pertama dunia dicalonkan ke UNESCO

    Wacana Intelektual sokong novel Melayu pertama dunia dicalonkan ke UNESCO

    KUCHING, 14 DISEMBER 2019 (SNN) – Wacana intelektual menyokong novel Melayu pertama di dunia karya Ahmad Syawal bin Abdul Hamid berjudul, Hikayat Panglima Nikosa dicalonkan ke UNESCO.  Setakat ini Malaysia telah berjaya menobatkan Sulalatus As-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dalam daftar warisan UNESCO.  Warisan karya bertulis dikenali sebagai warisan dokumentari iaitu Memory of the World.  Sarawak belum pernah membuat pencalonan lagi dan usaha ini merupakan yang pertama.

    Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan mengusahakan pencalonan novel Melayu pertama ini.  Untuk tujuan tersebut AKYBMS telah menganjurkan SAMAngenang Hikayat Panglima Nikosa semenjak tahun 2014.  Pada 14 Disember 2019 AKYBMS telah mengadakan Wacana Intelektual dan Malam Puisi Panglima Nikosa.  Kedua-dua majlis ini telah dirasmikan oleh Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengurus Besar AKYBMS.

    Untuk wacana ini tiga orang sarjana yang terdiri dari Profesor Madya Dr. Awang Azman bin Awang, Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya; Dr. Abang Patdeli bin Abang Muhi, Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Tuan Haji Hamzah bin Hamdani, Setiausaha 1 GAPENA. Seramai 30 orang jemputan khas telah menyertai wacana ini.

    Dari kiri, Santrol, Hamzah, Awang Azman dan Abang Patdeli. Gambar PKWPSBK

    Persoalan penting yang harus dijawab dalam wacana ini adalah sama ada karya ini merupakan novel Melayu yang pertama di dunia.  Karya ini telah dikarang oleh Ahmad Syawal dan telah dicetak oleh beliau sendiri di Bukit Persinggahan, Kuching, pada tahun 30 Jun 1876.  Pada masa itu karya Melayu ditulis dalam aksara Jawi.  Karya ini mengandungi 29 halaman.  Syed Othman Syed Omar pada tahun 1993 merupakan sarjana pertama mengangkat karya ini sebagai novel Melayu pertama di dunia.  Pandangan beliau telah disokong oleh Hamzah Hamdani yang pernah menjadi Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak.

    Pada sebelah malam pula diadakan SAMAngenang Malam Puisi Panglima Nikosa di Hotel Domani, Jalan Ajibah Abol, Kuching.  Majlis ini adalah untuk mengenang Ahmad Syawal dan karya beliau yang wajar dikenang dan dibanggakan oleh rakyat Sarawak, khususnya dan rakyat Malaysia, amnya.  Antara anak seni yang membacakan puisi malam itu adalah Dr. Saiee Dris, seorang penulis dan aktivis sastera dan seni; Awang Kelana yang tersohor dengan gaya manteranya dari Pertubuhan Keluarga dan Waris Pengiran Cawangan Bahagian Kuching dan Abdul Wahab Hamdan, Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak.  Hampir seratus orang anak seni dari PEKASA, KASBA dan Ikatan Graduan Melayu telah meriahkan suasana acara pada tahun ini.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...