More
    Home Sarawak Sarikei Urus dana dengan telus dan amanah

    Urus dana dengan telus dan amanah

    BINTANGOR, 13 OKTOBER 2020 (SNN) : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah diamanahkan untuk melaksanakan gerak projek kecil luar bandar (MRP) dinasihatkan agar mengurus dana dengan telus dan bijaksana.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, setiap keputusan dan tindakan dalam melaksanakan sesuatu perancangan perlu dibincang dalam kalangan ahli JKKK.

    “Kita berharap dana yang telah disalurkan itu digunakan dengan betul dan dimanfaatkan dengan bijak serta membangunkan kawasan JKKK masing-masing.

    “Selain itu, kepimpinan ahli JKKK, Tuai Rumah, dan Ketua Kampung diingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan pecah amanah dengan menyeleweng peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan,” katanya semasa Lawatan Kerja dan Dialog Bersama Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Bintangor, semalam.

    Abdullah Saidol melihat keadaan jalan yang akan dinaiktaraf di bawah projek RTP

    Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu projek naiktaraf Jalan Utama Kampung Melayu Tanjung Bundong dengan kos sejumlah RM100,000 serta projek naiktaraf Masjid Darul Ibadah dengan anggaran kos RM120,00 yang diluluskan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...