UNIMAS anjur “Duduk dan Tonton” , Tayang Filem Berprestij dari Asia Tenggara

0
594
Salah satu filem yang ditayangkan iaitu “Happy Family” oleh Eden Junjung (Indonesia)

KUCHING, 6 MAC 2019 (SNN) – UNIMAS anjur “Duduk dan Tonton”, iaitu Tayangan Filem Berprestij dari Asia Tenggara. Acara ini merupakan acara penayangan filem yang menawarkan filem-filem menarik dari Asia Tenggara anjuran pelajar dan pensyarah dari Program Sinematografi, Universiti Malaysia Sarawak. Aktiviti ini juga adalah hasil anjuran daripada Mini Film Festival oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS yang telah dimulakan sejak 2015.

Manakala “Duduk dan Tonton” yang pertama buat tahun 2019 telah dianjurkan pada 5 Mac (Selasa) dengan menayangkan filem-filem pendek dari Asia Tenggara yang telah diprogramkan oleh En. Yow Chong Lee dengan tema “SEAriously, Our Mothers on Screen”.

Filem “Maid Lisa” oleh So Ka-Lok (Taiwan/ Philippines)

Semasa tayangan tersebut, penonton telah dihidangkan dengan lima filem pendek yang mempersembahkan watak ibu sebagai watak utama. Keseluruhannya, filem-filem ini telah merangkul anugerah di banyak festival filem antarabangsa.

Selain daripada itu filem-filem ini merupakan kali pertama ditayangkan di Sarawak. Tajuk filem yang ditayangkan pada hari tersebut ialah “Happy Family” oleh Eden Junjung (Indonesia), “Maid Lisa” oleh So Ka-Lok (Taiwan/ Philippines), “Homeless” oleh Bennial Soo (Malaysia), “White Carnations” oleh Tang Wan Xin (Singapura) and “More (Den) Mom” oleh Alisa Pien (Thailand).

Genre filem- filem ini adalah pelbagai dan berjaya menimbulkan perasaan seperti terharu, lawak dan terhibur. Turut kelihatan reaksi penonton berubah mengikut plot cerita yang disampaikan dalam kelima-lima filem tersebut.

Tayangan filem “Duduk dan Tonton” ini telah ditamatkan dengan sesi perbincangan filem yang diketuai oleh pengacara yang mahir menghiburkan penonton, saudari Subashini. Para penonton turut diajak berkongsi perasaan dan kisah peribadi mereka dan menyuarakan pendapat mereka setelah menonton filem yang ditayangkan.

Usaha tayangan filem ini merupakan hasil kerjasama UNIMAS bersama komuniti tempatan seperti Saradise, Elementary Coffee Roasters dan CityPlus FM (Kuching) mahupun festival filem dari pelbagai negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here