Tiga persatuan buat laporan polis terhadap Danny Aantonio kerana hina Islam

0
948
Ahli tiga persatuan di Balai Polis Gita. Kelihatan di baris depan dari kiri: Bujang, Razali dan Abang Hadera (tengah).

KUCHING, 5 Mac 2019 (SNN) – Tiga buah persatuan Melayu Sarawak telah membuat laporan polis di Kuching semalam terhadap Danny A’antonio Jr kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan menghasut orang agar membenci agama Islam. Persatuan tersebut adalah Persatuan Melayu Sarawak (PMS), Persatuan Melayu Miri (PMM) dan Persatuan Anak Vae Bintulu (PAV).

Abang Hadera Lee, Setiausaha PMS, menerangkan bahawa mereka telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Gita, Kuching dan kemudian memberi kenyataan di Balai Polis Simpang Tiga. Beliau berkata pemilik Facebook Danny A’antonio telah menghina Nabi Muhamad SAW dan menghasut orang ramai membenci agama Islam.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai Danny A’antonio berasal dari Miri, Sarawak dan telah melarikan diri ke Kuala Lumpur. Dia telah menulis di Facebook pada bulan Januari dan telah menjadi tular pada bulan Feruari 2019. Setakat ini banyak pertubuhan Islam dan Melayu di Sarawak dan juga di Kuala Lumpur telah membuat laporan polis. Mereka mendesak agar pihak polis mengambil tindakan segera.

Razali (kiri) sedang berbincang dengan Bujang (baju biru) dan sebelah kanan beliau Pandi.

Yang Dipertua PMM, Tuan Haji Razali Alison dan ahli jawatankuasa sedang melakukan lawatan di Bandaraya Kuching semenjak 4 Mac 2019. Semalam beliau telah membuat kunjung hormat kepada PMS yang sambut oleh Timblan YDP PMS, Tuan Haji Bujang Bojet. Mereka telah disertai oleh En. Pandi Suhaili, YDP PAVB. In syaa Allah pada pagi ini PMM akan berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here