More
    Home Sarawak Samarahan Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS

    Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS

    KOTA SAMARAHAN, 30 April 2019 (SNN) – Fakulti Kejuruteraan,Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan yang diadakan bermula pada 29 hingga 30 April 2019 di bangunan Fakulti Kejuruteraan.

    Empat Jabatan di Fakulti Kejuruteraan iaitu Jabatan Kejuruteraan Sivil, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan iaitu Prof Madya Ir Dr Siti Noor Linda Hj Taib serta Timbalan-Timbalan Dekan dan juga seluruh staf dan pelajar telah bekerjasama dan komited dalam menjayakan program ini.

    Perasmian Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS iaitu Profesor Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim.

    Pada tahun ini, UNIMAS bercadang untuk mengadakan sebanyak 11 program bersempena Hari Terbuka; iaitu 6 program daripada fakulti dan 5 program daripada institusi penyelidikan di UNIMAS.

    Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS merupakan fakulti yang pertama menganjurkan Hari Terbuka yang bertujuan secara dasarnya menjurus kepada aspek penyelidikan. Penyelidik, pihak industri dan juga orang awam telah diberi penerangan mengenai aktiviti penyelidikan yang berinovatif di UNIMAS.

    Selain daripada itu, Hari Terbuka ini juga memberi akses kepada UNIMAS untuk mendapatkan kemudahan serta menawarkan prospek bagi aktiviti kolaborasi dalam bidang akademik, industri, kerajaan dan komuniti.

    Profesor Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim ditemani tetamu kehormat yang lain melawat tapak pameran semasa Perasmian Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.
     

    Sepanjang program dua hari ini, beberapa aktiviti bersifat akademik dan penyelidikan telah dianjurkan seperti simposium Projek Tahun Akhir pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan, pameran hasil-hasil penyelidikan, seminar oleh Profesor-Profesor Kanan Fakulti Kejuruteraan, lawatan ke makmal-makmal termasuk makmal STEM dan juga beberapa aktiviti menarik yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan. Selain daripada itu, terdapat juga sesi temuduga dijalankan oleh beberapa syarikat untuk pelajar-pelajar tahun akhir di Fakulti Kejuruteraan.

    Sebanyak enam sesi seminar juga telah diadakan sepanjang program hari terbuka iaitu “STEM for Nation Development” oleh Prof Ir Dr Andrew Ragai Henry Rigit, “Energy, Environment and Chemical Engineering” oleh Prof Dr Mohammad Omar Abdullah, “What do the Engineers do?” oleh Prof Dr Ng Chee Khoon, “Challenges and Opportunities for Fresh Student at the Faculty of Engineering, UNIMAS” oleh Prof Ir Dr Amir Azam Khan dan “Career Undertaking Upon Graduation” oleh Prof Dr Sinin bin Hamdan. Seminar bersama ketua-ketua kampung dan wakil-wakil pemimpin komuniti juga telah dianjurkan bertajuk “Kepimpinan Di Kalangan Ketua-Ketua Komuniti” oleh Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi B Mohd Zain.

    Pengunjung-pengunjung dari sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian awam dan swasta, wakil-wakil industri dan juga ketua-ketua kampung serta ketua-ketua komuniti di sekitar Kota Samarahan telah turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

    Para pelajar sekolah sedang mendengar penerangan dari salah seorang pempamer semasa Perasmian Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 4,447 menara dan struktur telekomunikasi siap dibina bukti Sarawak komited...

    0
    KUCHING, 01 MEI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam misinya meningkatkan kesalinghubungan telekomunikasi merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Menteri Utiliti...