More
    Home Sarawak Betong Unggah mohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bantu usaha BDDA bangunkan...

    Unggah mohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bantu usaha BDDA bangunkan Bahagian Betong

    BETONG, 03 JULAI 2023 (SNN): Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta sokongan dan bantuan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk bersama-sama memacu pembangunan di Bahagian Betong.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu, meskipun Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang ditubuhkan diamanahkan untuk membangun Bahagian Betong, input daripada kementerian akan membantu untuk melakukan lebih banyak pembangunan.

    ”Usaha BDDA sahaja tidak akan mencukupi. Saya difahamkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai program projek pembangunan ekonomi kampung bersepadu (Program Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung) atau PROSPEK.

    ”Program ini untuk meningkatkan kualiti infrastruktur asas, menjana peluang pekerjaan dan pendapatan peserta, membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya ketika berucap semasa program ’Ngiling Tikai’ di Rumah Entri Lengkoi, di sini, hari ini.

    Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW).

    Selain itu, Uggah juga meminta Datuk Seri Ahmad Zahid mempertimbangkan untuk membawa projek PROSPEK ke Betong yang kini terdapat di Matu dan Lawas sahaja.

    ”Kemudian bersama-sama BDDA, kita boleh menyelesaikan masalah pengangguran, membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan penduduk di Betong,” ujarnya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...