More
    Home Sarawak Samarahan Timbalan Ketua Menteri tinjau lokasi insiden yang mengorbankan sembilan ahli keluarga di...

    Timbalan Ketua Menteri tinjau lokasi insiden yang mengorbankan sembilan ahli keluarga di pangkalan feri Sebuyau

    SEBUYAU, 02 DISEMBER 2021 (SNN) : Susulan tragedi yang menyayat hati semalam yang mengorbankan sembilan sekeluarga di pangkalan feri Triso-Sebuyau, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkesempatan meninjau dan melihat sendiri keadaan lokasi kejadian pada pagi tadi.

    Masing yang juga Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak diiringi menteri mudanya Datuk Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Jndangan Negeri (ADUN) Sebuyau bersama-sama ADUN Beting Maro dan Saribas menzahirkan kesedihan setibanya di lokasi terbabit.

    “Pihak kerajaan negeri akan melakukan beberapa langkah keselamatan agar memastikan pengguna laluan feri dalam keadaan selamat supaya tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kenderaan mangsa yang sudahpun ditarik ke tebingan sungai semasa lawatan dilakukan

    Pada semalam, tragedi yang mengorbankan sembilan mangsa iaitu Ronani Ting, 33 tahun (pemandu); Siti Aisha Abdullah, 36, tiga remaja yang dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16 (perempuan); Khairunnisa Muhamad, 14 (perempuan); Alvin Phang, 12 (lelaki) dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang, 7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7; Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5 dan seorang bayi Mohd Ahmad Mohd Hamdan. Kejadian ini merupakan satu kesedihan buat semua rakyat negeri Sarawak.

    Tambah beliau, kesemua mayat mangsa yang telahpun di hantar ke Hospital Sri Aman akan dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Aman.

    Dalam pada masa yang sama, Datuk Julaihi meminta agar orang awam tidak menyebarkan video rakaman mahupun gambar yang menampakkan kesemua wajah mangsa bagi menghormati serta menjaga aib mangsa dan keluarga.

    Turut hadir sama dalam lawatan itu pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta pegawai pengiring yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...