Tiga pendekar bersilat di Petra Jaya

0
787
Dari kiri: Datuk Dr. Ir. Nor Irwan Ahmat Nor, Dato' Sri Fadillah Yusof dan Hamdan Sani.
Calon Barisan Nasional, Dato’ Sri Fadillah Yusof yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen P 194 Petra Jaya.

Kuching, 28 April 2018 (SNN) – Kerusi bagi Parlimen 194. Petra Jaya pada hari ini menerima pencalonan daripada parti-parti bertanding. Pilihanraya Ke-14 kali bagi kawasan P.194 memperlihatkan pertandingan sengit tiga penjuru parti Barisan Nasional, PAS, dan Parti Keadilan Rakyat.

Proses pendaftaran penamaan calon ketiga-tiga wakil parti bagi kerusi Parlimen Petra Jaya.

Barisan Nasional (BN) menghantar pemenang kerusi parlimen Petra Jaya PRU-13, Dato’ Sri Fadillah Yusof, PAS dengan pencalonan Hamdan Sani, dan Datuk Dr. Ir. Nor Irwan Ahmat Nor daripada Parti Keadilan Rakyat. Pencalonan diadakan di Dewan Al-Muneerah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya di sini sebentar tadi.

Calon parti Barisan Nasional diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama ribuan penyokong BN tiba di pusat penamaan calon di sini kira-kira pukul 9 pagi. Dato’ Sri Fadillah Yusof merupakan penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya bermula pada tahun 2004 dalam PRU ke-11, 12 dan 13. Dalam PRU ke-13, beliau memenangi kerusi parlimen Petra Jaya dengan jumlah 29 599 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat dengan yang memperoleh 8 116 undi. Untuk rekod, pemilihan kali ini merupakan pencalonan pertama PAS bagi kerusi Parlimen Petra Jaya.

Penyokong-penyokong daripada Parti Keadilan Rakyat di pusat penamaan calon.

Datuk Dr. Ir. Nor Irwan Ahmat Nor berusia 42 tahun memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan awam dan berasal daripada Kampung Laruh Skin, Petra Jaya.

Penyokong-penyokong PAS mengiringi calon dari SK Gita ke Dewan Al- Muneerah, SMK Petra Jaya.

PAS mencalonkan Hamdan Sani, 31, Pengarah Institusi Pengurusan PASTI Sarawak. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MaARA (UiTM) Shah Alam. PAS menghantar pencalonan bagi kerusi parlimen Kota Samarahan, Batang Lupar, Petra Jaya dan Sibuti.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 28 April ini, manakala 9 Mei sebagai tarikh pengundian bagi PRU-14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here