More
    Home Lain-lain TEKUN Nasional lancar Mobilepreneur 2.0

    TEKUN Nasional lancar Mobilepreneur 2.0

    KUCHING 28 JUN 2020 (SNN) : TEKUN Nasional akan melancarkan skim pembiayaan tanpa faedah (Mobilepreneur 2.0 ) yang menyediakan pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 pada 7 Julai ini.

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, skim ini terbuka kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi “rider” penghantaran untuk pembeli motosikal baharu dan modal pusingan.

    Gambar : Wan Junaidi dalam satu sidang media di JKR Kuching semalam.

    “Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu dengan syariket e-hailing dan mereka juga perlu melepasi syarat yang telah ditetapkan,”katanya semasa sidang media status terkini projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Parlimen Santubong, semalam.

    Katanya, kedua-dua skim yang ditawarkan TEKUN Nasional ini terbuka khusus untuk kaum Bumiputera dan India sahaja. Beliau yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong berkata, skim telah dibuka untuk pemohon sejak pengumuman tersebut kepada 100 pemohon awal mengikut yang layak dan syarat ditetapkan.

    Jelasnya, TEKUN Nasional sebelum ini telah melancarkan Mobilepreneur 1.0 pada April lalu. “Skim ini menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk membantu ‘rider’ penghantaran tempatan membaiki motosikal dan menyediakan modal pusingan,” katanya lagi.

    Sehubungan itu, beliau berharap agar skim ini dapat membantu ‘rider’ untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan melonjakkan semula ekonomi negara. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...