MASNITA Serah Sumbangan Ramadhan Kepada Asnaf

0
295
Datin Kartini menyerahkan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima ( Foto : Masnita)

Kuching, 24 Mei 2020 (SNN) : Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) turun ke padang baru-baru ini untuk menyerahkan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf sekitar Kuching bersempena dengan program MASNITA Prihatin 2020.

Penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai oleh Yang DiPertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, Naib Yang DiPertua MASNITA, Puan Korina Ibrahim dan beberapa ahli jawatankuasa MASNITA yang lain.

Penerima-penerima sumbangan Ramadan MASNITA kali ini terdiri dari enam belas golongan asnaf dari Kampung Gita dan seorang masing-masing dari Kampung Semerah Padi, Kampung No. 5 dan kawasan Matang.

Program MASNITA Prihatin merupakan program tahunan MASNITA yang bertujuan untuk membantu meringankan beban para penerima terdiri dari golongan asnaf untuk persediaan menyambut hari raya pada tahun ini.

MASNITA berharap sumbangan kecil ini dapat mewujudkan rasa ceria dan gembira di kalangan mereka yang memerlukan.

MASNITA turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga UNIMAS dan juga pihak yang telah sudi memberi sumbangan samada dalam bentuk tunai dan juga barang-barang keperluan untuk diserahkan kepada golongan asnaf pada tahun ini.

Salah sebuah keluarga asnaf yang menerima sumbangan Ramadhan bersempena dengan program MASNITA Prihatin 2020 (Foto: Masnita)
Lagi serahan sempena sumbangan Ramadhan disampaikan  Datin Kartini mewakili Masnita (Foto: Masnita)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here