More
    Home Sarawak Limbang Taman Damai, Limbang akan terus dilimpahi dengan projek pembangunan rakyat

    Taman Damai, Limbang akan terus dilimpahi dengan projek pembangunan rakyat

    Limbang, 24 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kawasan Taman Damai, Limbang yang masih memerlukan kemudahan awam seperti tempat beribadah, taman awam dan kawasan beriadah yang sihat akan dibina melalui beberapa projek pembangunan yang kini dalam perancangan.

    Menteri Muda Pelancongan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya telah mengumpulkan beberapa agensi kerajaan bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untun membina kemudahan awam tersebut termasuklah pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Limbang yang telah melihat kawasan yang sesuai itu dan telahpun meluluskan beberapa kawasan tanah lapang untuk dibina tiga projek awam.

    “Bagi kawasan yang telahpun diluluskan itu, kelak akan dibina dengan tiga projek iaitu ptojek Pembinaan Surau Taman Damai, Dewan Serbaguna dan Gelanggang Futsal yang mana melibatkan beberapa fasa pembinaannya.

    “Pembinaan Gelanggang Sepak Takraw akan dibina dengan kadar yang segera kerana peruntukan untuk membinanya telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang menelan kos sebanyak RM30,000,” kata beliau semasa hadir mempengerusikan Perjumpaan Protem Jawatankuasa Surau Taman Damai A, B, C dan PPRT di Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang pada Isnin.

    Selesai mesyuarat, Datuk Dr Abdul Rahman seterusnya meninjau beberapa kawasan yang ditenggelami air sekiranya berlaku hujan lebat dan mengenal pasti punca kejadian di Kampung Tantaya, Limbang.

    “Tindakan segera akan diambil bagi mengelakkan bencana banjir kilat berulang lagi dengan membina sistem peparitan yang sistematik serta melebarkan jalan kampung juga bertujuan mengelakkan banjir kilat,” tegasnya.

    Jelas beliau, beberapa kawasan lain yang turut terkesan dengan banjir kilat akibat hujan lebat juga akan diatasi dengan kadar segera seperti kawasan Taman Sri Patiambun dan sekitarnya.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...