More
    Home “Takut Dengan Boss”, Baru Bian Tidak Puas Hati Dengan Julaihi

    “Takut Dengan Boss”, Baru Bian Tidak Puas Hati Dengan Julaihi

    KUCHING, 06 November 2019 (SNN) : Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tertarik dengan soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yussibnosh Balo mengenai pelaksanaan projek jalan pesisir yang dikendalikan Kerajaan Sarawak kepada Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.

    Semasa menjawab soalan berkaitan projek-projek jalan pesisir, satu soalan dijawab oleh Julaihi dengan berkata “Saya berharap pada masa depan Kerajaan Pusat di mana kita mempunyai wakil menjaga infrastruktur (Menteri Kerja Raya) akan dapat berusaha lebih kuat lagi untuk mendapatkan banyak peruntukan daripada Pusat.

    “Jangan takut dengan bos di Kerajaan Pusat kerana Sarawak perlu lebih banyak peruntukan untuk dilaksanakan seperti jalan raya dan infranstruktur yang lain,” katanya.

    Ini menyebabkan Menteri Kerja Raya, Baru Bian bangun mencelah membantah penggunaan ‘takut dengan bos’. Menurutnya, istilah itu tidak wajar digunakan kerana bermotif jahat.

    Julaihi kemudian menjawab, tiada niat jahat dalam penggunaan istilah itu. Cuma beliau cuba menggambarkan kegagalan  Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Persekutuan mempertahankan hak Sarawak terutama dalam memperolehi dana bagi membiayai projek pembangunan di Sarawak.

    Antara projek itu katanya pembinaan jambatan-jambatan di kawasan pesisir yang diluluskan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) sebelum PH mengambil alih pentadbiran.

    “Ia keperluan luar bandar di Sarawak, dan (Baru) sebagai Menteri Kerja Raya perlu menjaga keperluan Sarawak. Saya maksudkan pertahankan peruntukan itu maksud saya yang telah diluluskan, perjuangkan peruntukan,” jelasnya.

    Baru bingkas sekali lagi dan menjelaskan, Kerajaan Persekutuan PH merupakan kerajaan yang bertanggungjawab. 

    “Bukan semua projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan dilaksanakan kerana amalan BN…diluluskan tetapi tak ada duit. 

    “Tetapi PH melihat kedudukan kewangan. Kedudukan kewangan sekarang ialah kesan pentadbiran kerajaan terdahulu. Tak ada isu takut dengan bos,” ujarnya.

    Julaihi membalas dengan mempersoalkan jika tiada peruntukan mengapa projek-projek lain di Semenanjung Malaysia dapat dilaksanakan.

    “Apakah Sarawak dianaktirikan Kerajaan Persekutuan. Tepuk dada tanya selera. Semua tahu betapa banyak dana diperuntukkan untuk projek di Semenanjung. Usahlah disekat-sekat (dana) untuk Sarawak” katanya. Jawapan daripada Julaihi mendapat tepukan daripada warga dewan kemudiannya.

    Sumber : Utusan Borneo, FB UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...