More
    Home Malaysia Stesen Pam Penggalak Baharu Batang Samarahan tingkatkan penyaluran bekalan air di kawasan...

    Stesen Pam Penggalak Baharu Batang Samarahan tingkatkan penyaluran bekalan air di kawasan sekitar

    KOTA SAMARAHAN, 15 NOVEMBER 2022 (SNN): Projek Stesen Pam Penggalak Batang Samarahan akan memantapkan sistem bekalan air di Bahagian Samarahan.

    Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, projek yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM23.2 juta itu sudah siap sepenuhnya pada Mac tahun ini.

    Katanya, ini sekaligus akan menyelesaikan masalah bekalan air yang sering dialami penduduk di bahagian tersebut.

    “Stesen penggalak tersebut bertindak untuk membekalkan air di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan,” katanya.

    Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan simbolik perasmian siap Projek Stesen Pam Penggalak di Kampung Baru, Samarahan.

    Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam majlis perasmian Stesen Pam Penggalak Batang Samarahan di Kota Samarahan pada Isnin.

    Tambah beliau lagi, projek ini diperlukan bagi memastikan tekanan air mencukupi untuk membekalkan air di kawasan yang agak jauh.

    Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang; Dato Idris Buang dan calon GPS Parlimen Kota Samarahan; Datuk Rubiah Wang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...