More
    Home SPM 2018 : Sekolah Menengah Sains Utara terunggul

    SPM 2018 : Sekolah Menengah Sains Utara terunggul

    KUCHING, 14 MAC 2019 (SNN)– Keputusan SPM hari ini menyaksikan Sarawak telah mencatatkan 85.21%  calon berjaya mendapat sijil SPM. Seramai 36,144 orang calon di Sarawak telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, 33,259 orang (92.02%) adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan, 412 orang (1.14%) merupakan calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, 1069 orang (2.96%) pula adalah calon sekolah swasta manakala 1404 orang (3.88%) adalah calon persendirian.

    Dalam peperiksaan SPM 2018 juga, seramai 27,792 atau 85.21% daripada 32,617 orang calon Sekolah Menengah Kebangsaan yang hadir telah berjaya mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan 83.21% bagi SPM 2017.

    Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.00%. Pencapaian calon Negeri Sarawak pada tahun ini mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) telah menurun daripada 5.17 pada tahun 2017 kepada 5.19 pada tahun 2018. Berdasarkan Gred Purata Negeri, prestasi pencapaian calon SPM bagi Negeri Sarawak pada tahun 2018 menurun sebanyak 0.02.

    Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), 19 buah Sekolah Menengah Negeri Sarawak berjaya mencapai GPS 4.00 dan ke bawah. Sekolah Menengah yang mencapai gred yang teratas di negeri Sarawak adalah Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan dengan nilai GPS 1.94, Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.30, SMK Sacred Heart, Sibu dengan nilai GPS 2.65, SMK St Elizabeth, Sibu dengan nilai GPS 2.70, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching dengan nilai GPS 2.91, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching dengan nilai GPS 2.91, SMK Methodist, Sibu dengan nilai GPS 2.93 dan Sekolah Menengah Sains Kuching, Padawan dengan nilai GPS 2.97. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dengan nilai 3.07, SMK St Anthony, Sarikei dengan nilai GPS 3.32, SMK Tinggi Sarikei dengan nilai 3.59, SMK Tiong Hin, Sibu dengan nilai GPS 3.60, SMK Kwong Hua, Sibu dengan nilai GPS 3.64, SMK Agama Miri dengan nilai GPS 3.65, SMK Kubong, Limbang dengan nilai GPS 3.69, SMK Lutong, Miri dengan nilai GPS 3.78, SMK St Joseph, Miri dengan nilai GPS 3.92, SMK Jalan Oya, Sibu dengan nilai GPS 3.95 dan SMK Agama Sibu dengan nilai GPS 3.97.

    Seterusnya keputusan SPM juga menampakkan 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang calon yang memperolehi minima Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil. SMK Methodist, Sibu mempunyai 40 orang calon yang memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, diikuti oleh SMK Sacred Heart, Sibu dan SMK St Elizabeth, Sibu masing masing 25 orang.

    Manakala SMK Lutong Miri, SMK Tung Hua, Sibu dan SMK St Anthony, Sarikei 21 orang. SMK Green Road Kuching 19 orang, SMK Chung Hua Miri 18 orang, SM Sains Kuching Utara, Padawan 17 orang. SMK Batu Lintang Kuching dan SMK Bintulu, 16 orang. SMK Sungai Maong Padawan dan SMK Tinggi Kuching 15 orang, SMK Sungai Tapang dan SMK Tinggi Sarikei 14 orang.

    Kolej DPAH Abdillah Kuching, SMK St Teresa Kuching dan SMK Tiong Hin Sibu 12 orang. Diikuti oleh SMK Deshon Sibu, SMK Merbau Miri, Kolej TDT Haji Bujang Miri, SMK Chung Hua Sibu dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Kuching pula masing-masing 10 orang.

    Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam semua mata pelajaran pula ialah 533 (1.63%) orang berbanding 670 (1.98%) orang pada tahun 2017. Statistik perbandingan pencapaian prestasi calon bagi kategori ini bagi tahun 2017 dan tahun 2018 menunjukkan penurunan sebanyak 0.35%.

    Pada keseluruhannya, pencapaian calon negeri Sarawak dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 adalah menggalakkan. Seramai 8 orang calon berprestasi cemerlang tertinggi yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah tersebut, 2 orang mendapat 10A+, dan 6 orang mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

    Sebahagian pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 Negeri Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...