Mengimbas Kronologi Serangan Pengganas di Christchurch, New Zealand

0
1490
Masjid Al-Nour, Christchurch, New Zealand, tempat serangan pertama

Wellington 16 Mac 2019 (SNN) – Mengimbas kronologi serangan pengganas di Christchurch, New Zealand. Brenton Tarrant (nama FB), pengganas berasal dari Australia merupakan penyerang yang melakukan tembakan bersasar di Masjid Al-Nour, Christchurch, New Zealand bertarikh 15 Mac 2019.

Brenton telah memuat naik siaran langsung proses serangan yang dibuatnya menggunakan kamera GoPro yang diletakkan di kepalanya. Brenton telah menyiarkan siaran tersebut di akaun facebooknya, socialstream, streamable dan banyak lagi saluran.

Tidak diketahui apakah motif dan tujuan serangan, Brenton telah dilihat menaiki sebuah kenderaan Subaru menuju ke Masjid Al-Nour dalam keadaan memakai seragam lengkap ‘full gear’ siap berbaju kalis peluru dan membawa 2 buah senapang, shotgun dan mp4

Difahamkan di Masjid Al-Nour sahaja seramai lebih kurang 20 orang telah dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera akibat serangan tersebut. Kesemua mangsa adalah umat Islam yang jumlah keseluruhannya tak sampai 1.5% pun di New Zealand dan kesemua mereka baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Jumaat.

Difahamkan juga ahli kumpulan yang dianggotai oleh Brenton telah melakukan 3 lagi serangan sama di 3 lokasi berbeza iaitu di Masjid Lenwood, Hospital Christchurch dan juga di Strickland Street. Kesemua 4 lokasi tembakan bersasar adalah di bandar Christchurch, New Zealand.

Jumlah keseluruhan mangsa yang maut masih belum dikenalpasti. Namun jumlah mangsa yang cedera telah meningkat melebihi angka 20 orang. Majoritinya adalah orang Islam kerana serangan bersasar ini telah menyerang 2 buah masjid di sana.

Difahamkan juga, Brenton dan rakan-rakan kongsinya adalah pemegang passport warganegara Australia. Pihak Polis dan Counter-terrorism New Zealand telah mengaktifkan darurat di Christchurch akibat active shooter yang sedang berlaku di sana.

Berikut merupakan kronologi kejadian :

Jumaat, 15 Mac 2019 ( Waktu Tempatan )

(1.40pm) : Lelaki bersenjata telah menyerang 2 buah masjid di Christchurch, meragut 40 nyawa dan menyebabkan 20 yang lain cedera parah.

( 2.11pm ) : Polis mengesahkan mereka sedang berhadapan dengan “situasi yang merebak” di Christchurch selepas kejadian berhampiran Taman Hagley. Kejadian di Taman Hagley adalah kejadian pertama yang mula-mula berlaku dan dirakamkan secara live.

Tembakan dilaporkan didengar di luar kawasan Masjid di Deans Ave. Seorang saksi melaporkan mendengar sekurang-kurangnya 20 das tembakan dilepaskan dan berfikir dia melihat ada tiga orang berada di atas tanah.

( 2.17pm ) : Beberapa sekolah diarahkan dikunci dan ditutup di Christchurch, dan ketika itu semakin ramai orang mula berkumpul di masjid yang berlakunya tragedi.

( 2.20pm ) : Polis menubuhkan pasukan khas di pusat bandar di mana terdapatnya laporan orang ramai ditembak.

( 2.54pm ) : Pesuruhjaya Polis Mike Bush berkata keadaan itu “serius dan berkembang” dan melibatkan penembak aktif.

Bush juga menggesa orang ramai untuk tidak keluar ke mana-mana (Christchurch) dan mesti kekal berada di dalam rumah. Orang ramai juga dinasihati untuk mengunci pintu rumah masing-masing.

( 3.00pm ) : Setakat petang ini, seramai 4 orang saspek telah ditangkap termasuk Brenton, 3 daripadanya adalah lelaki dan seorang lagi adalah wanita. Lapor polis NZ

(3.10pm) : Seramai 40 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat kesemua serangan terabit. Sejumlah lebih 50 orang dilaporkan cedera dan 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Sumber Newshub NZ.

( 3.20pm ) : Polis NZ mendedahkan bahawa Brenton Tarrant adalah seorang lelaki berusia 28 tahun, lahir di Australia, ibu bapanya berketurunan Scottish dan Irish. Brenton juga mengganggotai kumpulan Kebab Removalist, iaitu sebuah kumpulan yang ingin menghapuskan pengaruh Islam di sesebuah negara. Sumber SBS Aussie.

(4.10pm) : Perdana Menteri Jacinda Ardern bercakap secara terbuka untuk kali pertama berhubung dengan insiden keganasan yang menyebutnya sebagai “salah satu hari paling dukacita di New Zealand.”

( 4.30pm ) :  Seramai 49 orang telah disahkan meninggal dunia akibat serangan tembakan bersasar ini. Lapor CNN

( 4.35pm ) :  Sejumlah 2 buah Improvised Explosive Device (IED) atau lebih dikenai sebagai bom jangka  telah ditemui daripada salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh teroris terbabit. IED ini tidak sempat diletupkan ketika penangkapan dibuat. Sumber kenyataan Media Mike Bush, Commissioner NZ.

( 5.00pm ) :  Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Wisma Putera berkaitan isu ini dan pengesahan telah dibuat bahawa 2 orang rakyat Malaysia disahkan cedera, dan ada kemungkinan seorang lagi mangsa. Wisma Putera juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengganas tersebut dan telah meminta rakyat Malaysia patuh kepada arahan pihak berkuasa, sentiasa mengambil perhatian kepada berita semasa dan menghubungi wakil kedutaan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
.
( 5.13pm ) :  Satu daripada 4 orang saspek penembak yang ditangkap telah didakwa petang ini dibawah tuduhan membunuh secara beramai-ramai. Tiga lagi masih ditahan reman dan disiasat. Sumber, Press Conf PM NZ.
.
( 5.20pm ) :  Seorang lagi warganegara Malaysia dilaporkan hilang sejak pagi tadi, iaitu Sdr Rahimi, 30 tahun, bersama seorang anaknya berusia 11 tahun. Isterinya, Azila telah melaporkan kehilangan suaminya sejak pagi tadi. Walaubagaimanapun, menurut isteri, suami masih mempunyai telefon bersamanya. Sekiranya keadaan terkawal, diharapkan agar si isteri dapat kembali bertemu dengan suaminya.

( 5.46pm ) :  Pihak polis NZ mengesahkan seramai 41 orang maut di Masjid Al-Nour, Dean Avenue St, dan baki 7 orang maut di Masjid Linwood dan seorang lagi meninggal dunia di hospital. Seramai 48 orang disahkan masih dirawat di Hospital Christchurch sehingga kini.  Manakala penyerang, Brentont Tarrant yang ditangkap tengah hari tadi telah dituduh dihadapan mahkamah atas tuduhan membunuh beramai-ramai dan akan didakwa pada pagi esok. Dua lagi tahanan masih disasat dan direman. Seorang tahanan telah dibebaskan kerana tidak terlibat dengan insiden tersebut. Pihak polis NZ masih memburu saki baki saspes yang terkait insiden ini.

( 8.42pm ) :  Rahimi Ahmad, seorang warga Malaysia  telah ditemui dan sedang dirawat di Hospital Christchurch. Beliau terkena 2 das tembakan, 1 di bahagian perut dan 1 lagi di tulang belakang. Semoga beliau dipanjangkan umur dan dipermudah urusan serta boleh kembali bersama keluarga.

Sabtu, 16 Mac 2019  ( Waktu Tempatan )

( 2.10am) :  Kelihatan ramai warga tempatan pelbagai agama hadir berkabung di hadapan Masjid Al-Nour serta memberikan bunga dan menulis kata-kata semangat. Manakala Imam Masjid Al-Nour pula telah mengeluarkan mesej kepada jemaah Muslim yang berkelapangan agar hadir membantu menguruskan jenazah kesemua mangsa tersebut.

( 2.45am ) :  Rahimi Ahmad. Seorang warga Malaysia yang terkena tembakan baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Christchurch berhubung kesan tembakan yang diterimanya di perut dan tulang belakang. Keadaan beliau stabil setakat pagi ini.

( 3.20am ) :  Pagi ini, sekitar jam 9 nanti  (waktu NZ) , pengganas Brenton Tarrent akan didakwa di Mahkamah Tinggi Christchurch atas tuduhan melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai. Malangnya, di New Zealand TIADA hukuman mati setakat ini.

Sumber : CNN, BBC World, Muhd  Mamzah FB



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here