More
    Home Sk Rakyat harumkan Sarawak menangi pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021

    Sk Rakyat harumkan Sarawak menangi pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021

    KUCHING 18 MEI 2021 (SNN) : Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat mengharumkan nama Sarawak selepas tiga pasukan dari sekolah tersebut berjaya memenangi dua anugerah di Pertandingan Makex Spark Peringkat Kebangsaan 2021 yang bertemakan “Code for Health” pada Isnin.

    Pasukan yang dibimbing oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) terdiri daripada dua orang pelajar berumur 10 tahun iaitu Dayang Nur Qaleesya dan Afif Adam memenangi anugerah ‘Young Designer’ dengan projek ‘The Aimbulance’.

    Manakala pasukan kedua dan ketiga masing-masing diwakili Ariana Zahraa dan Muhammad Jazrein Crossley dengan projek ‘Automatic Hand Sanitizer’ memenangi anugerah ‘Best Demonstration’ dan Amir Zharif dan Aleesya Zahra Mahmud dengan projek ‘Distance Warning System’.

    Antara rekacipta yang dipertandingkan oleh pasukan SK Rakyat

    Apa yang menariknya, ketiga-tiga pasukan berkenaan akan mewakili Malaysia dalam dua pertandingan secara atas talian iaitu International MakeX Spark Competition: Code for Health 2021 dan 19th Guangxi Adolescent Robotics Competition and ASEAN Countries & Guangdong-Hong Kong-Macao Adolescent Robotics Invitational Tournament@ASEAN Invitational Tournament 2021.

    Selain itu, SK Rakyat turut dinobatkan sebagai ‘Excellent Organization’ di pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021 itu.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...