More
    Home Siswa Swinburne University disahkan positif Covid-19

    Siswa Swinburne University disahkan positif Covid-19

    KUCHING, 04 NOVEMBER 2020 (SNN) : Seorang mahasiswa daripada Universiti Swinburne disahkan positif covid-19 semalam.

    Menurut sejarah pergerakan kes, kes tersebut telah menghadiri kelasa secara bersemuka dengan seorang pelajar lain dan pensyarah pada 27 Oktober 2020 dan kedua-dua mereka diperintahkan untuk mejalani kuarantin selaam 14 hari.

    Kawasan yang terjejas di kampus berkenaan telah dibersihkan dan kontak rapat dengan pesakit turut dikuarantin manakala kelas dijalankan secara talian dan aktiviti kelas bersemuka ditangguhkan bermula Rabu 28 Oktober 2020 sehingga tempoh diberitahu kelak.

    Menerusi satu kenyataan rasmi, pihaknya akan terus memantau keadaan sekitar agar sentiasa selamat dan akan menyalurkan maklumat yang tepat kepada semua komuniti.

    Kenyataan rasmi University Swinburne berkenaan kes positif di insituti itu

    Dalam masa yang masa, seorang pekerja RHB Bank di SImpang Tiga turut disahkan positif covid-19 yang dikesan kali terakhir hadir bekerja pada 30 Oktober lalu.

    Pihak RHB menjelaskan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan bagi memastikan pekerja dan pelanggan terjamin.

    Disamping itu, keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan ekoran kedua-dua premis berkenaan dikelilingi premis makanan yang dikunjungi ramai orang awam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...