Sharifah Hasidah berkata kita tuntut yang hak tapi tolak cara subversif

0
570
Dati kiri: Zaini Osman, Sharifah Hasidah dan Khairul Anwar. Gambar SNN

KUCHING, 8 Ogos 2020 (SNN) – Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Hasidah berkata Sarawak akan terus menuntut hak sebagai sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 berlandaskan sejarah dan undang-undang. Beliau dengan tegas memolak beberapa golongan pelampau yang menggunakan kaedah subversif dengan memutar-belikan fakta sejarah.

Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Hasidah Binti Sayed Aman Ghazali ialah Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak telah menjadi ahli panel Forum Atas Talian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2020, Sarawak Maju Dalam Malaysia: Penilaian Sejarah Dan Perundangan pada 8 Ogos 2020 di Studio SaraAcademy, Matang, Kuching.

IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK

Ucaptama forum telah disampaikan oleh YBhg. Datu Dr. Sanib Said, Pakar Sejarah Sarawak merangkap Yang Dipertua IGMS dan turut menampilkan barisan panelis berwibawa iaitu Prof. Madya Dr. A Rahman Tang Abdullah; Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaysia Sabah serta Khairul Anwar Shazali; Aktivis Belia dan Sosial merangkap Pengerusi HIKAM.

Forum tersebut telah dianjurkan oleh Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) dengan kerjasama rakan kolaboratif strategik iaitu Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Saramedia Global (SMG), HIKAM, Sarawak Dalam Malaysia (SDM),  HIKAM dan rakan media digital yang lain.

Sebagai rakyat Sarawak, kita perlu mengenali sejarah negeri kita sendiri berlandaskan fakta yang tepat dan perlu diketahui, kerajaan Sarawak sentiasa memperjuangkan hak-hak Sarawak mengikut lunas undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

HAK-HAK ISTIMEWA

“Tanpa sejarah, siapalah kita. Sejarah mencatatkan bahawa kita merupakan sebahagian daripada rakan sekutu yang membentuk Malaysia bersama-sama dengan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura. Oleh itu, kesepakatan yang wujud membolehkan kita memperoleh hak-hak istimewa yang tidak ada pada negeri yang lain.”

Gambar kenang-kenangan Sharifah Hasidah bersama ahli panel, AJK IGMS dan staf SMG

Dalam forum tersebut, YB Datuk Sharifah Hasidah turut menggesa agar masyarakat menolak golongan subversif yang bertindak menghasut dan memecah-belahkan perpaduan rakyat Sarawak.Tegas beliau lagi, segala tuntutan yang diperjuangkan adalah untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis akan tetapi berlegar dalam lingkaran sempadan kesaksamaan perlembagaan persekutuan, selaku rakan sekutu. Karangan IGMS Yusuf Jali dan SNN Sanifa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here