Serapi Bayu dan UNIMAS Bergabung Dalam Penyelidikan Untuk Melebarkan Sayap Bayu Kelulut ke Seluruh Dunia

0
1076
Dari kiri: Dr Edward (Penasihat Kewangan), Puan Khamisah (Pengarah Kewangan), Prof Zainab, Assoc Prof Dr Samsur, Kapt Md Nasir Md Zain (B) (CEO Kumpulan Serapi), Mr Jetson (Pengarah Operasi) and Assoc Prof Dr Hasnain.

KUCHING, 18 November 2019 (SNN) – Syarikat bumiputera Sarawak yang memfokuskan dalam sektor perlancongan agro, aktiviti komersial madu kelulut serta produk derivasi hiliran daripada kelulut iaitu Serapi Bayu Sdn Bhd, telah bergabung dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam usaha bersama – sama dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan jenama “Bayu Kelulut” bukan sahaja di Sarawak, malah ke seluruh dunia.

Satu Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UNIMAS dan Serapi Bayu Sdn Bhd telah termetrai bagi mengembangkan industri madu kelulut dari segi penyelidikan dan pembelajaran.

Pertukaran MoA ini telah berlangsung di Majlis Pelancaran ASEAN Young Entrepeneurs Forum 2019 (AYEF’19), bertempat di Hotel Waterfront, Kuching. UNIMAS diwakili oleh Prof Madya Dr Samsur bin Mohamad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, manakala Serapi Bayu Sdn Bhd diwakili oleh Tuan Haji Kapten Md. Nasir bin Md Zain (B), Pengerusi Syarikat Kumpulan Serapi (Serapi Group of Companies).

Dengan terhasilnya perjanjian MoA ini, UNIMAS dapat menawarkan kepakaran bidang penyelidikan dan analisa manakala Serapi Bayu mempunyai keperluan dari segi sumber penyelidikan tempatan bagi kegunaan penyelidikan dan pembelajaran pelajar UNIMAS, yang merupakan salah satu usaha Corporate Service Responsibility (CSR) syarikat.

Kerjasama ini meliputi bidang penyelidikan, pembangunan dan perundingan berkaitan dengan madu kelulut. Kerjasama ini juga termasuk dalam usaha membangunkan standard dan sistem pengklasifikasian/penggredan madu kelulut serta bersama-sama dalam kolaborasi antarabangsa Malaysia-China. Penyelidikan dijalankan oleh Prof Zainab Ngaini bersama penyelidik UNIMAS lain iaitu Prof Madya Dr Hasnain Hussain dan Dr Rafeah Wahi.

Di samping itu, melalui perjanjian MoA ini, pihak Serapi Bayu yang merupakan syarikat di bawah payung “Serapi Groups” bersetuju untuk menyumbang secara in-kind kos sampel dan bahan guna pakai yang berkaitan dengan kerjasama penyelidikan. Diharapkan, usaha ini berjaya memartabatkan dan menaikkan Superfood Malaysia No. 1 madu kelulut ke peringkat yang lebih tinggi.

Sesi pertukaran dokumen MoA antara Tuan Haji Kapten Md. Nasir bin Md Zain (B) (dua dari kiri) dan Prof Madya Dr Samsur bin Mohamad (dua dari kanan).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here