Sarawak terus mengorak langkah kemajuan

0
401
Gimik perasmian oleh YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Ketiga, Kiri), Datin Patinggi Dato Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang (Keempat, Kiri), Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg (Kelima, Kiri), Datuk Dr Sim Kui Hian (Keenam, Kiri) Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Ketujuh, Kiri), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Kelapan, Kiri), Datuk Francis Harden Hollis (Kesembilan, Kiri)

BATU KAWA, 7 Mei 2018 (SNN) – Sarawak merupakan antara negeri di Malaysia yang sedang pesat membangun. Pembanggunan ini didorong oleh kestabilan politik dan keberkesanan pelaksanaan dasar oleh pihak kerajaan pusat dan negeri. Kata Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg; “Ini adalah pembanggunan berteraskan kepada politik pembanggunan”.

Beliau berucap ketika merasmikan program Sejiwa Senada 2018 Siri Kuching di Dataran MJD Batu Kawa.

Hadirin yang terdiri daripada ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Residen, ketua-ketua kaum dan masyarakat tempatan.

Dalam ucapanya, beliau turut mengenang kembali pejuangan yang telah dimulakan oleh Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan bin Satem. Ujar beliau; “Tok Nan meneruskan usaha mentadbir negeri, dan yang paling utama Tok Nan meminta hak negeri Sarawak yang terhakis, balik ke negeri Sarawak mengikut perjanjian Malaysia 1963”. Kejayaan mendapatkan semula hak Sarawak tersebut membuahkan hasil cukup positif apabila Barisan Nasional yang dipimpin Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan bin Satem berjaya memenangi pilihanraya DUN pada 2016 dengan majoriti besar sebanyak 72 daripada 82 buah kerusi.

Selain daripada kejayaan mendapatkan semula hak Sarawak berdasarkan perjanjian MA-63, Ketua Menteri Sarawak juga mahu rakyat dimaklumkan dari semasa ke semasa kemajuan dalam segenap bidang yang sedang dinikmati oleh negeri Sarawak. Misi berkenaan katanya perlu menjadi keutamaan jabatan-jabatan di bawah kerajaan negeri melalui program-program bersama rakyat yang diadakan daripada semasa ke semasa seperti Sejiwa Senada.

Pembanggunan kita mesti kita beritahu kepada rakyat, sebab ya kita ada program Sejiwa Senada – Ketua Menteri Sarawak

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan kerajaan negeri yang gigih melaksanakan tugas setiap masa. Menurut beliau, kakitangan kerajaan negeri merupakan barisan utama yang menjadi pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan yang dipilih. Jelas beliau, “Mereka menjadi enjin yang melaksnakan dasar yang ditetapkan kerajaan dipilih”.

Menurut Abang Jo, meskipun kejayaan demi kejayaan telah dicapai, kerajaan negeri Sarawak tidak memandang ringan cabaran-cabaran yang akan dihadapai pada masa akan datang. Salah satu cabaran terbesar yang sedang dihadapi adalah masalah kesesakan jalan raya terutamanya di Kuching, Kota Sentosa dan Kota Samarahan. Menurut Ketua Menteri Sarawak, bandaraya Kuching dan Kota Samarahan kini mempunyai 1 juta penduduk mengalami kesesakan luar biasa terutama pada waktu pagi dan petang. Melihat kepada permasalahan tersebut, kerajaan negeri sedang berusaha merealisasikan pembinaan sistem pengangkutan LRT menghubungkan kawasan dalam bandaraya Kuching dan bandar-bandar disekitarnya.

Kita sik mok rakyat kenak jem jak-jak, sebab ya saya molah LRT, kerna LRT the best transport” – Ketua Menteri Sarawak

Abang Jo turut menolak andaian-andaian yang mengatakan PETROS digagaskanya akan bersaing dengan GLC negara Petronas Berhad. Menurutnya, PETROS adalah pemudah cara dalam urusan industri minyak dan gas yang berkaitan dengan kepentingan Beliau turut memaklumkan kesepakatan terbaharu mendapatkan 25% ekuiti keuntungan hasil perusahaan minyak di Sarawak. Beliau turut menjanjikan sumber pendapatan baharu yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada bulan Oktober tahun ini.

Teknik pertanian fetegrasi bagi tanaman Rock Melon di Kuala Rajang.

Di akhir ucapanya, beliau menolak andaian segelintir yang skeptikal dengan gagasan Ekonomi Digital digagaskan oleh pentadbiran beliau. Tujuan utama pelaksanaan ekonomi digital katanya adalah untuk mempercepatkan kemajuan negeri Sarawak dalam setiap bidang misalnya pertanian. Beliau mengambil contoh adaptasi teknologi fetefrasi bagi tanaman buah tembikai di Kuala Rajang dan Rampangi yang menunjukkan peningkatan penghasilan pertanian yang cukup memberansangkan. Tegasnya, adaptasi teknologi  sangat diperlukan bagi meningkatkan jumlah pengeluaran seperti yang telah lama diaplikasikan di negara-negara maju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here