Empat suspek jenayah penculikan ditembak mati

0
295
Empat mayat suspek penjenayah penculikan dihantar untuk proses bedah siasat.

LAHAD DATU, 8 Mei 2018 (SNN) – Rondaan Jarak Jauh (RJJ) yang melibatkan kolobrasi antara Pasukan Khas ESSCOM, unit 69 Komando dan Pasukan Polis Marin menggunakan bot Adal 19 PDRM telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan bergerak laju menuju ke arah kumpulan bot nelayan pada jam 2.00 pagi ini di perairan Laut Sahabat, Lahad Datu.

Semasa Pasukan Keselamatan hendak membuat pemeriksaan dan berlaku kejadian tembak- menembak. Empat orang saspek mati di tempat kejadian. Pasukan Keselamatan turut merampas barang milik suspek iaitu sebuah pump bot warna putih hitam, sebuah enjin pump, pistol 1 pucuk, peluru, kelongsong, dan topeng.

Bot pancung milik empat suspek penjenayah yang disyaki digunakan untuk aktiviti penculikan.

Penjenayah disyaki kumpulan penjenayah yang giat terlibat dalam kerja-kerja penculikab di sekitar Lahad Datu. Suspek juga berkemungkinan bukan berwarganegara Malaysia. Mengikut laporan media dan statistik kerajaan Filipina, jumlah insiden penculikan yang dilaporkan di kawasan selatan negara jiran itu sepanjang tahun lepas telah berganda, dan jumlah penculikan untuk wang tebusan sahaja melebihi 20 kes.

Terdapat 361 pulau di Esszone dengan 83 daripadanya terletak di perairan Semporna dan daripada jumlah itu, tujuh pulau mempunyai pusat peranginan iaitu Mabul, Kapalai, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, Mataking, Langkayan dan Billean

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here