Sarawak hari ini catat enam lagi kes positif Covid-19 baharu dengan satu kluster baharu dikesan di Kuching.

0
60
Enam kes dicatat dengan satu kluster baharu dikesan di Kuching hari ini.

KUCHING, 19 JULAI 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini merekodkan 6 kes positif baharu menjadikan keseluruhan kes adalah 607 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan kes pertama melalui ujian saringan kendiri melibatkan seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai Petugas Kesihatan di Kuching.

Kes kedua melibatkan seorang warganegara Indonesia yang merupakan rakan kepada kes ke-584 yang mana merupakan kluster baharu dikesan dari syarikat perikanan dan dikategorikan sebagai ‘kluster Jeti’.

Manakala kes ketiga seorang wanita tempatan iaitu adik kepada kes ke-589 yang disahkan positif pada 17 Julai lalu. Seterusnya melibatkan seorang guru berasal dari Kedah yang mengajar di Sarawak. Beliau membuat ujian saringan semasa balik bertugas ke Sarawak dan disahkan positif.

Kes ke lima dan enam pula melibatkan dua orang warga tempatan (lelaki dan perempuan) yang disahkan melalui ujian saringan Rawak Kemasukan Pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa.

JPBN Sarawak dalam kenyataan itu menjelaskan pengesanan keatas kontak rapat dan siasatan kes masih dalam siasatan. Tambahnya, wujudnya kluster baharu menjadikan tujuh kluster yang masih aktif di Sarawak.

Dalam pada itu, Kluster Kidurong pula diisytiharkan tamat selepas 28 hari tiada kes dicatatkan.- Nizal.

Kenyataan media harian JPBN Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here