More
    Home Business Jabatan Pertanian sediakan kemudahan kepada petani untuk tingkatkan hasil

    Jabatan Pertanian sediakan kemudahan kepada petani untuk tingkatkan hasil

    MARUDI, 19 JULAI 2020 (SNN) : Jabatan Pertanian Sarawak menyediakan bantuan kemudahan kepada para petani dan penternak untuk rakyat bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, bantuan yang disediakan adalah dalam bentuk peruntukkan barangan ataupun nasihat bagi membantu penduduk dalam meningkatkan hasil pertanian dan penternakan mereka.

    “Penduduk setempat bolehlah memohon bantuan itu daripada Jabatan Pertanian Sarawak dalam beberapa perkara yang berkaitan pertanian ataupun penternakan.”

    “Jabatan Pertanian Sarawak mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti peruntukkan, barangan dan bantuan lain untuk membantu para petani dan penternak dalam meningkatkan hasil,” katanya semasa berucap dalam Program Community Extension Outreach Programme (CEOP) anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Miri di Rh. Abok anak Jabu jumaat lepas.

    Gambar: ADUN Marudi (tengah) hadir dalam program CEOP di Rh Abok anak Jabu, Miri pada Jumaat-Sumber Ukas.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Marudi turut mencadangkan setiap petani dan penternak untuk melawat pusat-pusat pertanian bagi menimba ilmu yang lebih meluas sejajar dengan teknologi yang ada pada hari ini.

    Pada majlis itu, Penguang Manggil telah menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM20,000 kepada Rh Henry Gomes dan mengumumkan peruntukan MRP berjumlah RM15,000 untuk setiap rumah panjang di kawasan Ulu Teru, Tinjar.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...