More
    Home Lain-lain Sarawak hari ini catat 11 kes positif Covid-19 dan satu kluster baharu...

    Sarawak hari ini catat 11 kes positif Covid-19 dan satu kluster baharu di kesan di Kuching

    KUCHING, 21 JULAI 2020 (SNN) : Sarawak hari ini mencatatkan 11 lagi kes positif covid-19 di Daerah kuching (7 kes), Samarahan (2 kes), Bau (1 kes) dan Lundu (1 kes) menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 619 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan satu (1) kes import merupakan seorang warga tempatan yang baru balik ke Sarawak pada 15 Julai 2020 dari Doha.

    Manakala dua kes positif melibatkan tapak pembinaan. Kes pertama melibatkan seorang warganegara Indonesia yang memasuki ke Sarawak secara sah dan bekerja di tapak pembinaan di Daerah Lundu. Pesakit disahkan positif pada 21 Julai 2020 selepas menjalani ujian saringan.

    Kes keempat juga melibatkan seorang warganegara Indonesia yang bekerja di tapak pembinaan di Kota Samarahan. Pesakit ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semasa operasi pengesanan pendatang tanpa izin (PATI) di tapak pembinaan. Kes diarahkan untuk menjalankan ujian saringan pada 20 Julai 2020 dan disahkan positif.

    kes kelima pula melibatkan rakan kerja kes ke-582 yang dikesan melalui pengesanan kontak rapat kluster sedia ada. Manakala kes keenam melibatkan kluster Pasar Stutong yang merupakan seorang peniaga di pasar tersebut. Pesakit disahkan positif selepas menjalani ujian saringan pad 19 Julai 2020. kedua-dua pesakit kes tidak menunjukkan tanda dan gejala.

    Kes ketujuh dikesan melalui ujian saringan kendiri yang dilakukan pada 20 Julai 2020 dan telah disahkan positif covid-19. Kes merupakan seorang warga tempatan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menemani anaknya bagi tujuan perubatan.

    Lima (5) kes baharu pula melibatkan rakan sekerja kes ke-602. Kesemua mereka dikesan melalui ujian saringan kes positif dimana masing-masing diantara mereka terdiri daripada seroang lelaki dan empat wanita berumur diantara 27 hingga 43 tahun.

    JPBN Sarawak harini melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan satu lagi kawasan kluster baharu iaitu Kluster Sentosa selepas ujian saringan keatas 23 pekerja dilakukan menunjukkan empat (4) daripada mereka positif covid-19. Kesemua mereka dalah kontak rapat rakan sekerja kepada kes ke-602. Ini menjadikan kesemua kes positif yang dapat dikesan setakat ini berjumlah enam (6) kes. Punca jangkitan masih disiasat dan pengesanan kes masih giat dijalankan.

    Setakat hari ini, terdapat dua (2) baru telah sembuh dan discaj dari Hospital Sibu dan Bintulu.Nizal.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...