More
    Home Malaysia Sarawak berada di landasan hadapan dalam transformasi digital

    Sarawak berada di landasan hadapan dalam transformasi digital

    SEPANYOL: Kerajaan Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kerajaan Sarawak amat menekankan ketersambungan lancar untuk industri perniagaan khususnya.

    Jelas beliau, ini sekali gus mencetak nama Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempraktikan ekonomi digital di rantau ini.

    “Daripada bandar pintar kepada pertanian digital, pendekatan pemikiran ke hadapan kami memberikan peluang yang tidak terhad untuk pelabur celik teknologi yang ingin memanfaatkan ekonomi digital,” jelas beliau dalam satu kenyataan media pada Rabu semasa Majlis Jamuan Tengah Hari sempena ‘Mobile World Congress’ (MWC) 2024 di Sepanyol.

    Dato Sri Julaihi menambah, MWC 2024 mampu mewujudkan satu platform dinamik kepada pemain industri antarabangsa, pelabur dan pegawai kerajaan meneroka industri digital.

    Katanya, kongres tersebut berjaya menghimpunkan pakar dan pemimpin daripada pelbagai bidang industri bagi rangkaian dan hubungan melalui interaksi dan komunikasi.

    Dalam kongres sama, Dato Sri Julaihi turut berkesempatan melawat reruai antarabangsa bagi melihat pameran inovasi negara-negara luar di samping mengadakan perbincangan dengan pemain industri mengenai perjalanan digitalisasi di Sarawak.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...