Kumpulan Pelajar ‘Birthday Boy’ ditahan

0
413

PETALING JAYA: Seramai sembilan orang pelajar tingkatan 5 ditahan oleh pihak berkuasa berikutan penularan video di laman sosial memaparkan sekumpulan pelajar memukul rakan mereka semasa meraikan hari kelahiran salah seorang daripada rakan sekelas mereka juga.

Senior Asisten Komisioner Polis Selangor Bahagian Siasatan Jenayah (SAC) Fadzil Ahmat memaklumkan bahawa seramai sembilan orang pelajar berumur 17 tahun telah ditahan dan kesemua mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.
Tambah baliau lagi, penahanan dibuat pada jam 11.30 pagi hari Isnin (16 April) sebelum kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama, jam 4.45 petang dengan jaminan polis.

Penahanan ini dilakukan berikutan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa pada jam 9.00 pagi pada hari sebelumnya. Penahanan dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan YB Dato’ P. Kamalanathan memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung kejadian.

Menurut fakta kes, kejadian berikut dikatakan berlaku pada 8 Febuari (Khamis) di sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Rakaman video berkenaan memaparkan beberapa orang pelajar menyanyikan lagu sambutan ulang tahun kelahiran sebelum membelasan rakan mereka. Selain disepak dan ditumbuk mangsa juga dipukul menggunakan batang kayu di bahagian dada, pingang dan kepala.

Rata-rata neitzen melahirkan kekesalan atas tindakan pelajar-pelajar tersebut dan ada yang mengingatkan mereka akan kesusahan paibu melahirkan anak-anak tetapi akhirnya anak-anak mereka diperlakukan sedemikian rupa.

Pautan video boleh dilihat di: https://www.facebook.com/seefirstKatakPisang/videos/1885329151525139/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here