More
    Home Malaysia Sambutan Hari Raya Aidilfitri eratkan hubungan berbilang kaum dengan acara kunjung-mengunjungi

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri eratkan hubungan berbilang kaum dengan acara kunjung-mengunjungi

    BINTANGOR, 12 APRIL 2024 (SNN): Kemeriahan dan kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini tidak hanya dirasakan oleh masyarakat Islam sahaja bahkan mereka yang bukan Islam turut merebut peluang meraikan disamping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

    Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Selemas, Darul Falah Gemuan dan Skim B Bintangor kali ini menyaksikan kemeriahan dengan aktiviti kunjung-mengunjungi yang turut disertai oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing serta keluarga.

    Ini membuktikan semangat perpaduan dalam komuniti dan kebersamaan dalam menyambut kemeriahan perayaan amat dititikberatkan di Sarawak sebagai bentuk penyatuan serta silaturahim saling terjaga.

    Datuk Ding Kuong Hiing dan isteri merakam gambar kemeriahan sambutan Hari Raya bersama penduduk di salah sebuah kampung dikunjungi beliau-foto UKAS

    Dimaklumkan, pada kunjungan beliau di program tersebut juga beliau turut menyampaikan geran khas kepada tiga kampung berkenaan iaitu sebanyak RM3,500 termasuk sumbangan Hari Raya dan projek pintu untuk Kampung Selamas, manakala Kampung Darul Falah dan Skim B Bintangor masing-masing menerima sumbangan RM8,900 dan RM2,800.

    Selain itu, Datuk Ding turut mengumumkan satu geran khas juga akan disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM2,000 untuk Kampung Selamas dan kampung Skim B Bintangor bagi menjalankan aktiviti tahunan.

    Dalam masa yang sama, beliau menasihati agar penduduk sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keharmonian bagi memastikan negeri ini sentiasa hidup makmur dan sejahtera lebih-lebih lagi mengekalkan amalan saling berkunjungan setiap kali musim perayaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...