More
    Home Sarawak Betong Rumah-rumah ibadat terima peruntukan MRP daripada ADUN Kabong

    Rumah-rumah ibadat terima peruntukan MRP daripada ADUN Kabong

    KABONG, 30 DISEMBER 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada lebih 22 buah rumah ibadat di kawasan DUN Kabong dengan jumlah dana sebanyak RM96,890 pada Selasa.

    Semasa sesi penyerahan tersebut, sebanyak enam masjid, 12 surau dan empat gereja di kawasan DUN Kabong telah menerima cek dana dan diserahkan kepada setiap wakil yang hadir.

    Pada majlis yang sama, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) melalui ADUN Kabong turut menyerahkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Gereja St Stephen Empayang, Kabong dan RM50,000 kepada Gereja St Paul, Roban.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...