More
    Home Empat kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini

    Empat kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini

    KUCHING, 29 DISEMBER 2020 (SNN) : Sarawak hari ini merekodkan empat kes positif kes covid-19 masing-masing di Daerah Betong, Sibu dan Kuching menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 1,114 kes.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media, kesemua kes yang dilaporkan melibatkan individu yang baru pulang dari Semenanjung Malaysia dan luar negara melalui pintu masuk lapangan terbang Kuching dan Sibu.

    Terdapat dua kes positif yang dikesan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sibu yang melibatkan warganegara tempatan yang berasalh dari Betong dan Sibu. Kedua-dua kes disahkan positif selepas membuat ujian saringan pada 26 Disember 2020.

    Manakala dua kes pula dikesan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas pulang dari luar negara sebelum transit di KLIA dan masuk ke Sarawak pada 28 Disember 2020 sebelum disahkan positif pada hari yang sama. Kes ke dua pula dikesan dan disahkan positif pada 28 Disember 2020 semasa diperintahkan kuarantin selama 10 hari di rumah.

    Setakat hari ini, terdapat dua kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan tiada kematian direkodkan setakat ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...