More
    Home RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun tahun...

    RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun tahun ini- Ketua Menteri

    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Sebanyak RM405 juta peruntukan keseluruhan diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meneruskan program Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh pandemik ini.

    Berucap menerusi sidang media di Bangunan Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini, beliau telah mengumumkan 11 langkah yang telah diperkenalkan sebelum ini dalam BKSS 4.0 untuk dilanjutkan tempoh bermula pada Januari hingga Jun 2021 ini.

    “Memandangkan penularan wabak Covid-19 di negeri ini sedikit sebanyak telah memberi kesan buruk kepada aktiviti seharian rakyat ditambah lagi dengan bencana banjir baru-baru ini maka kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk meneruskan program tersebut melalui beberapa langkah yang inklusif.

    “Antara langkah yang diteruskan adalah termasuk pemberian diskaun caj kadar elektrik dan penggunaan air bagi setiap isi rumah serta pengurangan sewa untuk setiap premis jualan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya.

    Tambahnya, langkah ini dapat mengurangkan kos pembiayaan sewa bagi setiap peniaga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan baru-baru ini.

    “Tidak seperti masa PKP dahulu kita mengumumkan bantuan menyeluruh termasuklah bantuan kewangan kepada setiap rakyat di negeri ini namun sepanjang tempoh PKPB ini rakyat masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan bekerja namun perlu mematuhi SOP yang ketat disamping masih boleh bergerak dalam kawasan zon masing-masing,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...