More
    Home Sarawak Samarahan Tersilap simpang pemandu nyaris terjunam ke sungai

    Tersilap simpang pemandu nyaris terjunam ke sungai

    SIMUNJAN, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Seorang pemandu kenderaan empat tayar jenis Ford Ranger berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya hampir terjunam ke dalam sungai di jeti pekan, Simunjan di sini semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.15 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan yang diketuai PBK II Trajudin Mail beserta lapan anggota lain ke lokasi.

    “Setibanya dilokasi, didapati sebuah kenderaan tersangkut tayar bahagian hadapan dan hampir jatuh ke dalam sungai namun tidak ada kenderaan lain yang berada disitu mahupun terjatuh dalam sungai berkenaan.

    “Mangsa, Dihajesna Thomas, 49, dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuching namun tersalah masuk simpang ke laluan jeti di pekan Simunjan,” kata kenyataan itu.

    Mangsa walau bagaimanapun berjaya keluar dari kenderaan terbabit dengan selamat namun kenderaan masih lagi tersangkut di hujung jeti berkenaan.

    Ujarnya, pihak bomba bertindak menarik kenderaan terbabit dan menasihat mangsa agar lebih peka dan berhati-hati ketika memandu terutama pada malam hari.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...