More
    Home Sarawak Betong Rebut peluang sambung pembelajaran di IPTA/IPTS Sarawak dengan bantuan pendidikan percuma disediakan...

    Rebut peluang sambung pembelajaran di IPTA/IPTS Sarawak dengan bantuan pendidikan percuma disediakan kerajaan negeri

    BELADIN, 05 DISEMBER 2023 (SNN): Para pelajar disarankan untuk merebut peluang pendidikan percuma yang disediakan oleh kerajaan Sarawak dengan menyambung pendidikan di institusi awam dan swasta di negeri ini agar dapat berbakti kepada pembangunan negeri pada masa akan datang.

    Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg amat menekankan kepentingan bidang pendidikan di mana kerajaan negeri telah menyediakan pendidikan percuma yang akan bermula pada 2026 di institusi pengajian tinggi milik Sarawak.

    Katanya lagi, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak pelajar serta memberi sokongan terhadap pendidikan agar memperoleh keputusan yang cemerlang tanpa menyerahkan sepenuhnya tugas itu kepada guru-guru di sekolah semata-mata.

    “Pendidikan adalah perkara utama bagi setiap ibu bapa kerana ia membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka sekeluarga jika anak-anak mereka berjaya hingga ke menara gading serta mendapat pekerjaan yang setara dengan latar belakang pendidikan,”

    Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tingkatan 5 di SMK Beladin, Pusa pada Isnin.

    Mohammad Shafizan (tengah) merakam gambar bersama pelajar cemerlang dalam SPM 2022-Foto UKAS

    Mohamad Shafizan juga berharap agar warga pendidik SMK Beladin dapat duduk semeja dengan beliau bagi membincangkan bagaimana cara untuk meningkatan mutu pendidikan di SMK Beladin selain memupuk minat para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi mengelakkan berlakunya keciciran ataupun isu tidak habis bersekolah.

    Sebagai tanda sokongan, beliau menaytakan sokongan terhadap ap-apa aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah dan menawarkan pelajar SMK Beladin yang memprolehi A dalam SPM akan diberi saguhati sebanyak RM100 bagi setiap A yang diperolehi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 4,447 menara dan struktur telekomunikasi siap dibina bukti Sarawak komited...

    0
    KUCHING, 01 MEI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam misinya meningkatkan kesalinghubungan telekomunikasi merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Menteri Utiliti...