More
    Home Lain-lain Pusat Khidmat PBB DUN Bukit Sari hulur bantuan kepada mangsa banjir

    Pusat Khidmat PBB DUN Bukit Sari hulur bantuan kepada mangsa banjir

    LAWAS, 10 JANUARI 2021 (SNN) : Biro Kebajikan daripada Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bukit Sari pada khamis hulur bantuan kepada lebih 30 buah keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

    Sumbangan berupa bekalan makanan harian disampaikan oleh wakil serta Naib Ketua Cawangan PBB DUN Bukit Sari bertujuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir serta sukar untuk mendapatkan sumber bekalan makanan harian.

    Antara kawasan kampung yang terlibat di kawasan Zon Sundar adalah Kampung Berjumpa, Kampung Baru, Kampung Bangkiyai, Kampung Sinampun dan Kampung Sebelah Sundar.

    Turut hadir sama dalam misi menyerahkan bantuan adalah Naib Ketua Cawangan PBB DUN Bukit Sari, Abdul Kadir Tusin; Setiausaha Cawangan PBB DUN Bukit Sari, Awang Ibrahim Ahmat dan AJK serta ahli ranting PBB Zon Sundar.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...