More
    Home Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak pada Khamis lalu ditamatkan selepas penemuan mayat mangaa sekitar jam 12.05 tengah hari tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Awangku Sahiful Awangku Sazali, 33, ditemui berhampiran Pangkalan Haji Lajim Kampung No. 6 kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi beliau dikatakan terjatuh dan hilang.

    “Pada hari ketiga operasi, Bomba menggunakan teknik pencarian (surface searching) dengan membahagikan semua agensi yang terlibat dalam SAR kepada dua kumpulan menggunakan bot masing-masing dengan radius 16 kilometer pencarian.

    “SAR kali ini membuahkan hasil dengan penemuan mayat mangsa sekaligus identiti mangsa telahpun disahkan oleh ahli keluarga yang tiba dilokasi,” kata kenyataan itu.

    Tambahnya, operasi diberhentikan serta-merta pada jam 12.55 tengah hari ekoran penemuan mayat mangsa. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi tujuan siasatan lanjut.

    Terdahulu, mangsa dikatakan cuba menyelamat kekasih yang jatuh dari Jambatan Gantung Satok sebelum dipercayai hanyut dibawa arus deras.

    Wanita iaitu kekasih kepada mangsa berjaya disemalatkan oleh pekerja tongkang yang berada di kawasan berkenaan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...