PTPTN Masih Dalam Kemelut Masalah Peminjam Lari

0
217
Najib Bela PTPTN

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak wajar memarahi para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang tidak melangsaikan hutang.

Walau bagaimanapun, Najib Razak turut menasihati kepada semua peminjam PTPTN untuk membayar balik hutang masing-masing mengikut kemampuan yang ada. Najib Razak juga melabelkan kerajaan PH sebagai populis dan tidak bijak kerana kerajaan sekarang sedang mengalami fiskal yang teruk.

Katanya lagi, selama 10 tahun Pakatan Harapan telah menghasut rakyat agar tidak membayar balik bayaran pinjaman namun kini mereka pula yang menunding jari serta memarahi peminjam yang dilabelnya sebagai tidak amanah.

“Peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji mereka”

“Sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook nya.

Tegasnya lagi, kerajaan sudah kehilangan hasil sebanyak 40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Oleh: Akmal Azlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here