More
    Home Sports PSK Juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak Kategori Lelaki

    PSK Juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak Kategori Lelaki

    KUCHING 29 Mac 2019 (SNN) -Pasukan lelaki , dari pasukan Projek Sri Kenyalang Sarawak ( PSK ) muncul sebagai juara kejohanan bola baling terbuka Sarawak Piala Pusingan Abang Jo, kali yang ke- 14 manakala pasukan wanita UITM Lions Selangor pula berjaya memenangi piala Dr Abdul Rahman Junaidi Ke-9.

    Bola Baling Terbuka Sarawak 2019 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Negeri Sarawak (SAHA) ini telah berlangsung dari 25 Mac sehingga 29 Mac. Sebanyak 18 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

    PSK yang mewakili pasukan Sarawak telah menjuarai kejohanan bola baling piala pusingan Abang Jo Ke-14 terbuka Sarawak sekaligus mempertahankan kejuaraan pada tahun 2018. Dalam kategori lelaki bagi merebut Piala Ketua Menteri , PSK terpaksa berhadapan dengan cabaran melawan pasukan Sandakan, Sabah sebelum mengesahkan kemenangan bagi kali Ke-14 untuk tempat kedua.

    Tempat ketiga dimiliki oleh pasukan UiTM LION, Selangor. Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh pasukan Persatuan Bola Baling Kota Kinabalu (PBBKK).

    Juara bagi kedua-dua kategori tersebut membawa pulang wang tunai RM1,500.00, piala pusingan berserta sijil. Manakala, tempat kedua pula membawa wang tunai RM1,000.00, piala pusingan dan sijil. Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM700.00 berserta pingat dan piala iringan.

    Majlis Penangguhan Kejohanan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Junaidi, Menteri Muda Utiliti Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching Sarawak pada 28 Mac, 2019.

    Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg merangkap Penaung Persatuan Bola Baling Negeri Sarawak telah menyumbang peruntukan sebanyak RM 30,000 dan YB Datuk Dr Abdul Rahman Bin Junaidi merangkap Penasihat telah menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Bola Baling Negeri Sarawak. Dr Abdul Rahman dalam ucapannya juga memaklumkan pembinaan Kompleks Sukan Bola Baling turut dalam perancangan.

    Para peserta bergambar kenangan bersama Dr Abdul Rahman

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...