More
    Home Sarawak Samarahan Projek jalan menghubung Kampung Bajong, Sebuyau bakal beri manfaat kepada sosioekonomi setempat

    Projek jalan menghubung Kampung Bajong, Sebuyau bakal beri manfaat kepada sosioekonomi setempat

    SEBUYAU, 31 DISEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan jalan menghubung ke Kampung Bajong, Sebuyau yang kini dalam proses pembinaan akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan kampung berkenaan setelah siapnya kelak.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek sepanjang 2.5 kilometer dengan kos sebanyak RM1.5 juta itu dijangka akan siap pada Awal Februari 2021.

    Menurut beliau, keperluan bagi membina jalan menghubung ke kawasan berkenaan adalah sebagai satu keperluan dan keselamatan penduduk kampung kerana mereka tinggal di kawasan tanah kebun masing-masing yang terletak di tepi jalan persisir menuju ke pekan Sebuyau.

    Selain itu, siapnya kelak sudah pasti akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dengan memasarkan hasil kebun mereka dengan cepat dan mudah.

    Beliau berkata demikian semasa hadir membuat lawatan ke tapak projek pembinaan jalan Kampung Bajong, Sebuyau di sini hari ini.

    Datuk Julaihi tiba di kawasan kampung Bajong bagi melihat sendiri status projek

    Tambah beliau, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk terutama kawasan luar bandar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...