More

    SEBUYAU, 31 DISEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akam terus membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

    Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut peeancangan yang telah ditetapkan.

    “Rakyat diminta agar terus mendokong dan sabar menikmati limpahan pembangunan yang telah dirancangkan kerana ia mengambil masa untuk dilaksanakan.

    “Di kawasan ini juga sudahpun dirancang dengan pelbagai pembangunan dan diharap agar dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Tungkah Dayak Sebangan pada Rabu.

    Dalam majlis yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, berkesempatan merasmikan jalan raya kampung berkenaan yang tekah siap dibina serta mengumumkan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM150,000 untuk penduduk Kampung Tungkah Dayak, Sebangan.-SUMBER UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...