Program Hari Terbuka FSTS UNIMAS Platform Untuk Berkongsi Maklumat

0
122
Naib Canselor bergambar kenang-kenangan dengan semua kakitangan, pelajar UNIMAS dan pelajar sekolah.

KOTA SAMARAHAN, 25 September 2019 (SNN) – Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS telah menganjurkan Hari Terbuka FSTS selama dua hari bermula hari ini hingga esok bertempat di bangunan FSTS UNIMAS.

Program Hari Terbuka FSTS yang diketuai oleh Dekan FSTS, Profesor Madya Ramlah Zainuddin serta Timbalan-timbalan Dekan staf dan pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama dan komited dalam menjayakan program ini.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS iaitu Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi.

Dekan FSTS, Profesor Madya Ramlah menyerahkan cenderahati kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Antara objektif  Hari Terbuka FSTS diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang awam dan para pelajar menyaksikan pameran hasil penyelidikan dan inovasi serta mengenali lebih dekat lagi perkhidmatan dan kemudahan yang ada di UNIMAS.

Antara program yang diselitkan telah dibahagi kepada tiga aktiviti utama iaitu:  

  1. Akademik (Promosi Akademik, Pameran STEM, lawatan ke Makmal-makmal dan Muzium di sekitar fakulti),
  2. Penyelidikan – dengan Perasmian Research Lounge dan Pameran Hasil Penyelidikan.
  3. Aktiviti bersifat Industri dan Pengkormesialan (seperti Pameran Industri dan Taklimat Kerjaya).

Penganjuran aktiviti tersebut diharap dapat memberi faedah dan menghubungkan serta mengeratkan jalinan universiti dan fakulti dengan sektor awam, industri dan komuniti secara keseluruhannya.

Turut diadakan pada hari ini ialah perasmian Research Lounge dan Real Living Lab UNIMAS  yang dibinabertujuan untuk membolehkan staf fakulti mempamerkan hasil penyelidikan dan penerbitan Fakulti.

Di samping itu, Research Lounge ini juga boleh digunakan sebagai ruang perbincangan bagi pelajar serta staf akademik untuk tujuan penyelidikan dan ilmiah. Dengan mewujudkan Research lounge ini diharapkan semua pencapaian dan kejayaan hasil penyelidikan yang diperolehi dari semasa ke semasa, dapat dipamerkan dan dikongsikan dengan pelajar serta pelawat. Selain itu, ia juga diharap dapat meningkatkan visibiliti serta memupuk budaya penyelidikan di Fakulti.

Pada hari ini, FSTS turut merasmikan Real Living Lab (RLL) UNIMAS yang telah mendapat peruntukan awal sebanyak RM100,000.00 bagi melaksana Fasa Pertama RLL ini. Hasrat untuk menubuhkan RLL telah disuarakan oleh YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam Amanat Naib Canselor pada 23 Januari 2019. Objektif penubuhan RLL adalah untuk menyediakan satu platform living lab bagi biodiversity Sarawak, mengubah sains semulajadi ke dalam translasi penyelidikan di dalam nic biodiversiti. Penubuhan RLL juga diharap dapat menyerlahkan lagi keunikan kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di UNIMAS.

RLL akan menjadi salah satu kawasan tumpuan penyelidik di samping menjadikannya sebagai produk ekopelancongan yang boleh dikomersilkan kepada para pelancong sama ada dari dalam negara dan luar negara. Ia juga diharapkan akan dapat mencipta pengalaman yang lebih menarik kepada semua staf dan pelajar UNIMAS dan orang ramai di luar sana.

Naib Canselor (tengah) sempat mengunjungi pameran pelajar yang berkaitan dengan penyelidikan dan projek yang dilakukan.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here