Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo di Bintulu

0
389
Puan Rodziah berkenalan dengan salah seorang peserta luar negara. Gambar SNN.

BINTULU, 25 SEPTEMBER 2019 (SNN) – Pesta Layang-Layang Borneo di Bintulu, Sarawak akan dirasmikan pada hari ini. Lembaga Kemajuan Bintulu, lebih dikenali sebagai BDA, telah membuat inisiatif berani ini 15 tahun dahulu. Kejayaannya semakin menyerlah saban tahun.

Malam tadi Puan Rodziah Morshidi, Pengurus Besar BDA telah meraikan para peserta luar negara di Everly Hotel.

Puan Rodziah bersama-sama peserta luar negara. Gambar SNN

Pada tahun ini sebanyak 32 buah negara telah mendaftar sebagai peserta pesta.  Antara negara-negara tersebut adalah Australia, Austria, Belgium, Estonia, Russia, Turkey dan Ukraine.  Tunisia merupakan penyertaan baharu tahun ini. Seperti biasa pesta diadakan di Lapangan Terbang Lama di tengah-tengah bandar Bintulu.  Beberapa kegiatan lain juga telah disusun untuk memeriahkan pesta ini.  Antaranya adalah persembahan kebudayaan pada malam hari dan lawatan ke tempat-tempat lain sebagai nilai tambah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here