More
    Home Sarawak Samarahan Polis Bantuan Disaran Sentiasa Tingkatkan Kemahiran dan Latihan Berterusan Setanding Anggota Tetap...

    Polis Bantuan Disaran Sentiasa Tingkatkan Kemahiran dan Latihan Berterusan Setanding Anggota Tetap PDRM.

    KOTA SAMARAHAN, 26 Julai 2019 (SNN)– Polis Bantuan disaran untuk  sentiasa meningkatkan kemahiran dan latihan secara berterusan agar setanding dengan anggota tetap PDRM. Sehubungan dengan itu seramai 200 anggota Polis Bantuan dari pelbagai agensi di negeri ini telah menyertai Seminar Kepolisan Komuniti yang diadakan selama satu hari anjuran Bahagian Keselamatan UNIMAS dan Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak.

    Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor UNIMAS bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS, baru-baru ini.

    Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak, Datuk John Lau Pang Heng, Pendaftar UNIMAS Encik Henry Tening Anak Senging dan Pengarah Keselamatan Bahagian Keselamatan UNIMAS, Lt. Kol (B) Mohd Melintang Abdullah.

    Dalam seminar tersebut, dua penceramah telah dijemput iaitu Supt. Ang Seow Aun dari Kontinjen Polis Sarawak dan DSP Saga Anak Chunggat dari Pusat Pengajian PGA PULAPOL Kuching.

    Objektif seminar adalah untuk merealisasikan impian kerajaan khasnya PDRM dalam memastikan peningkatan penyertaan dan penglibatan  rakyat termasuk anggota Polis Bantuan dalam program-program pencegahan jenayah.

    Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pembelajaran para peserta terutama anggota Polis Bantuan dalam hal-hal berkaitan persiapan dan persediaan menghadapi jenayah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

    Seminar ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial (CSR) UNIMAS dan relevan untuk menyahut “United Nation Development Goal Ke16 (Peace and Justice, Strong Institution).

    Ini kerana, anggota Polis Bantuan merupakan lapisan Echelon kedua dan dilihat sebagai “mata dan telinga”  kepada PDRM dan masyarakat khasnya.

    Justeru itu, anggota Polis Bantuan harus sentiasa meningkat kesiapsiagaan dengan meningkatkan kemahiran dan latihan berterusan setanding dengan anggota tetap PDRM.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...