More
    Home Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak Dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam Adakan...

    Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak Dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam Adakan Perbincangan Awal Mengenai Kerjasama Dalam Pembangunan AgroBiz Di Demak Laut

    KUCHING, 13 Julai 2019 (SNN)- Bidang pertanian atau pembangunan agrobiz akan menjadi tumpuan dalam memacu kerjasama di antara Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak Dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata ketiga-tiga pihak di antara Pusat Khidmat DUN Demak Laut dan Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak Dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam kini sedang mengadakan perbincangan awal dalam meneroka kerjasama melibatkan pembangunan pertanian di kawasan Demak Laut.

    “Sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang membangunkan bidang pertanian sebagai salah satu bidang tumpuan dalam Ekonomi Digital, saya mengalu-alukan perbincangan awal dalam mewujudkan kerjasama ini.

    “Ini merupakan suatu cara terbaik dalam usaha kita meningkatkan pendapatan selain menerokai bidang pertanian sebagai suatu bidang yang boleh membawa keuntungan kepada banyak pihak,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat AgroBiz bersama Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam, Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai Datuk Abu Bakar bin Abdullah @ Tom Belarek di Pusat Khidmat DUN Demak Laut, semalam.

    Mengenai kerjasama yang akan diadakan nanti, Dr Hazland menambah ianya akan dinilai terlebih dahulu berdasarkan prospek yang ada agar ianya memberi manfaat kepada semua pihak.

    “Kawasan Demak Laut besar dan mempunyai banyak tanah terbiar yang tidak diusahakan secara komersial. Untuk memastikan hasrat ini tercapai ianya perlu fokus dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berbudi kepada tanah.

    “Justeru, kita akan mengkaji secara terperinci terlebih dahulu kerjasama yang akan kita adakan sebelum ianya dimuktamadkan,” katanya.

    Hadir sama pemimpin-pemimpin masyarakat DUN Demak Laut.

    Dr Hazland mendengar Taklimat AgroBiz daripada Persatuan Orang Ulu Nasional Sarawak dan Jawatankuasa Hal Ehwal Saudara Islam, Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai Datuk Abu Bakar bin Abdullah @ Tom Belarek di Pusat Khidmat DUN Demak Laut, semalam.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...