More
    Home Lain-lain Persatuan Melayu Miri bawa isu kepada Ketua Menteri

    Persatuan Melayu Miri bawa isu kepada Ketua Menteri

    KUCHING, 13 Mac 2019 (SNN) – Persatuan Melayu Miri (PMM) telah membawa beberapa isu kepada YAB Ketua Menteri Sarawak hari ini. Kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah diketuai oleh Tuan Haji Radzali Alison, Yand Dipertua PMM berserta dengan 10 orang Ahli Jawatankuasa.

    Mengikut maklumat dari Setiausaha PMM dalam pertemuan itu Radzali telah menyampaikan laporan kegiatan PMM semasa di Miri. Pada masa yang sama beliau juga telah mengemukakan beberapa isu yang mencabar masyarakat Melayu di Miri agar tindakan akan dapat diambil pada masa akan datang. Sebagai masyarakat bandar yang pesat membangun cabaran memang sangat dirasakan oleh penduduk Melayu di Miri.

    Awangku Merali dan Radzali (tengah) bersama AJK PMM

    Rombongan PMM ini terdiri dari YDP Tuan Hj. Radzali Alision, NYDP Hjh. Bibi Sabariah Hj. Ahmad; Setiausaha, Tuan Hj. Basar Nasib; Bendahari, Tuan Hj. Abang Sarkawi dan AJK yang lain.

    Semasa berada di Bandaraya Kuching, PMM sempat juga berkunjung ke TEGAS (Tabung Gagasan Bumiputera). Mereka telah mengadakan perbincangan dengen Ketua Eksekutif, Awangku Merali Mohammad. PMM ingin mengetahui peranan TEGAS sebagai agensi untuk bumiputera, khususnya di Miri.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...