More
    Home Sarawak Samarahan Perbanyakkan kawasan saliran air, atasi masalah banjir di Samarahan- Rubiah Wang

    Perbanyakkan kawasan saliran air, atasi masalah banjir di Samarahan- Rubiah Wang

    KOTA SAMARAHAN, 09 FEBRUARI 2021 (SNN) : Cadangan bagi memperbanyakkan pembinaan kawasan saliran air dari kawasan pertanian dan peladangan ke sungai utama akan dilaksanakan bagi jangka masa panjang dalam usaha mengatasi masalah banjir di Bahagian Kota Samarahan yang sering berlaku setiap kali hujan lebat.

    Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, kerja-kerja penyelenggaraan sistem peparitan yang masih giat dijalankan belum dapat menyelesaikan masalah banjir kerana terdapat faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan air yang cepat ketika hujan berlaku.

    “Kewujudan ladang-ladang dan kawasan pertanian yang luas memerlukan sistem pengairan dan saliran yang sistematik berikutan kawasan berkenaan mudah dinaiki air dan berrakung jika tidak mempunyai sistem aliran yang betul.

    “Oleh itu, pihak kami telah berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Samarahan, Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan dan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Saamrahan bagi membincangkan dan mencari solusi untuk mengatasi masalah banjir,” katanya ketika hadir melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Bangka Semong dan PPS Dewan Suarah Samarahan pada Ahad.

    Rubiah turut menasihati penduduk kawasan Samarahan agar berwaspada dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin boleh berlaku ekoran kemuncak fenomena air pasang besar mungkin berlaku pada penghujung Februrai ini.

    Jelasnya, masyarakat di Samarahan juga perlu berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan pandemik Covid-19 semakin meruncing.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...