Penubuhan Lembaga Sago Sarawak Akan Dipertimbangkan

0
693
Unggas sewaktu mendengar taklimat di di Stesen Penyelidikan Sungai Talau Craun, Dalat.Turut kelihatan Fatimah Abdullah dan suami.

Dalat, 30 Mac 2019 (SNN)- Penubuhan Lembaga Sago Sarawak akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah bertujuan  untuk mengawal selia, meningkatkan dan mengukuhkan pembangunan industri sago di Sarawak.

Menterinya Datuk Amar Douglas Uggah berkata pasukan petugas khas akan diwujudkan untuk memantau dan menjaga pembangunan industri ini yang akan mengadakan pertemuan di Kuching pada  minggu hadapan.

“Lembaga Sago Sarawak yang dicadangkan adalah idea yang baik. Kami akan membincangkan penubuhannya dalam pertemuan minggu depan,” katanya dalam pertemuan dengan pekebun Sago di sini hari ini di Stesen Penyelidikan Sungai Talau Craun, Dalat.

“Kerajaan mengakui peningkatan sumbangan penting oleh sago kepada ekonomi. Sebagai contoh, pada 2017 Sarawak mengeksport komoditi bernilai RM86.8 juta. Pada tahun 2000, nilai eksport bernilai RM24.2 juta dan pada tahun 2010, ia naik kepada RM62.8 juta,” tambahnya lagi.

“Kami akan berusaha untuk menaikkan nilai komoditi ini kepada RM100 juta menjelang 2030. Saya akan mempengerusikan pertemuan ini bersama Menteri  Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah.

“Kami akan mengkaji pelbagai keluhan pekebun kecil dan industri dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah mereka”, katnya lagi. Beliau berkata salah satu isu yang perlu dipertimbangkan ialah bagaimana mengangkut batang yang ditebang ke kilang tanpa adanya jalan. Beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk membangunkan industri sago pada tahun ini.

Uggah memberi jaminan bahawa pentadbiran GPS Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mencari jalan dan cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah khususnya, isu berkaitan tanah. Beliau berkata ini akan memudahkan usaha dalam proses transformasi luar bandar menerusi pertanian moden.

Bahagian Mukah adalah pengeluar terbesar sago di Sarawak, di mana kawasan seluas 40,642 hektar telah ditanam dengan tanaman sago. Uggah turut menasihati pekebun kecil supaya mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka supaya mereka dapat memperoleh lebih banyak pendapatan.Beliau mencadangkan agar mereka menanam tanaman seperti nanas dan pisang yang kini mendapat permintaan yang baik di luar Sarawak.

Mengenai pemasaran, beliau mencadangkan supaya mereka beralih kepada persatuan petani mereka untuk mendapatkan bantuan. Beliau berkata bahawa baru-baru ini beliau memaklumkan kepada Jabatan Pertanian untuk menghasilkan produk yang menggunakan buah-buahan tempatan.  Dengan cara ini, para petani dapat memperoleh pendapatan dengan mengumpul dan menjual buah-buahan tempatan ini.

Mengulas perkembangan berkaitan sago, Uggah juga menggesa Pusat Penyelidikan Craun untuk melakukan lebih banyak penyelidikan tentang sago terutamanya berkaitan pembangunan produk sampingan baru serta inovasi untuk memendekkan tempoh kematangannya dari 10 hingga tiga tahun.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Kecil Sago kawasan Dalat, Pon bin Akie dalam ucapannya meminta Uggah untuk membantu mendapatkan geran tanah para pekebun seperti yang telah dijanjikan kepada beberapa pemilik 37 tahun yang lalu. Beliau juga mahu kerajaan mempertimbangkan permintaan mereka untuk pembentukan Lembaga Sago Sarawak.

Turut hadir sama dalam pertemuan hari ini adalah Datuk Seri Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, Pengarah Jabatan Pertanian Dr. Alvin Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Craun, Zaidell Hussaini.

Turut hadir dalam pertemuan hari ini bersama Unggah adalah Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, Pengarah Jabatan Pertanian Dr. Alvin Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Craun, Zaidell Hussaini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here