Pengukuran Tanah NCR Bukti Kerajaan Sarawak Iktiraf Hak Rakyat Atas Tanah Mereka

0
619
Douglas Unggah dan Fatimah Abdullah disambut meriah ketika datang untuk merasmikan Majlis Perasmian Mini Regatta Oya Dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KPN dan Seksyen 13 di Oya Square, Oya Dalat

DALAT, 01 April 2019 (SNN)- Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), bukti Kerajaan Sarawak iktiraf hak rakyat ke atas tanah mereka. Pengukuran ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 1960an lagi menerusi Operasi Penyelesaian dan Program Pengukuran Kampung Tradisional sejak awal tahun 2000.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini menunjukkan Kerajaan Sarawak sentiasa menghargai dan mengiktiraf Tanah NCR milik rakyat. “Pengukuran tanah ini dapat menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka menjadi setinggan di atas tanah sendiri,” tambahnya.

“Manakala, Program Pengukuran Kampung Tradisional pula telah dilaksanakan sejak awal tahun 2000,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Mini Regatta Oya Dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KPN dan Seksyen 13 di Oya Square, Oya Dalat, semalam.

Mengenai Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu pula, Douglas Unggah berkata ia menggunakan pendekatan perimeter di peringkat pertama dan kawasan tersebut diwartakan di bawah Seksyen 6 KTN.

“Selepas pengukuran pertama di bawah Seksyen 6 KTN, baharulah dilaksanakan pengukuran lot-lot individu di peringkat kedua untuk dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak akan terus melakukan Program Pengukuran Kampung Tradisional sebagai jaminan kepada hak milik ke atas tanah para penduduk kampung bagi kampung-kampung yang telah lama wujud.

“Ini penting bagi memastikan sempadan tanah menjadi jelas dan diketahui bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan pertikaian di antara individu”.

Pada majlis itu,  Douglas Unggah telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 ribu kepada Jawatankuasa Regatta Oya untuk aktiviti mereka di masa akan datang.

Sementara itu, dalam majlis yang sama,Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah memohon diwujudkan Lembaga Rumbia Sarawak bagi membolehkan harga-harga rumbia dapat dikawal.

“Kebanyakan pekebun di kawasan Dalat ini lebih memfokuskan kepada penanaman rumbia. Justeru adalah penting sekiranya Lembaga Rumbia Sarawak ini diwujudkan bagi membolehkan harga-harga rumbia dapat dikawal. Malah, sistem pengurusan pekebun-pekebun kecil dapat diadakan dengan teratur selain menambah peruntukan bagi subsidi tanaman rumbia,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingan YB Yakup bin Hj Arbi, Residen Bahagian Mukah Hamidah binti Hj Bekir, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamahari bin Awang Mahmud, Temeggong Bahagian Mukah selaku Pengerusi Jawatankuasa Mini Regatta Oya Temenggong Haji Hendi bin Suhai.

Douglas Unggah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mini Regatta Oya Dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KPN dan Seksyen 13 di Oya Square, Oya Dalat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here