More
    Home Sarawak Kuching Penganjuran Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M anjuran PASBK zahirkan cinta kepada...

    Penganjuran Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M anjuran PASBK zahirkan cinta kepada Nabi SAW

    KUCHING, 09 OKTOBER 2022 (SNN): Setiap tahun bersamaan 12 Rabiulawal umat Islam seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul bersempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.

    Turut tidak ketinggalan Pertubuhan Anak Seni Bandarshah Kuching (PASBK) mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2022 dengan berarak membawa sepanduk sambil berselawat ke atas Nabi SAW yang bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.

    Majlis yang telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato’ Ibrahim Baki itu di Dewan PASBK menyaksikan sebanyak 14 kontijen yang terdiri daripada anak-anak Kampung Bandarshah serta pertubuhan lain.

    Dato Ibrahim Baki menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori Sepaduk Terbaik-Foto FB Zakaria HJ Salleh

    Antara yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Jalan Haji Bolhassan, Surau Bandarshah, Masjid Darulhanna Patingan, SK Merpati Jepang, Surau Nurul Islam, Harwood Timber Sdn. Bhd., Kampung Bintangor Kecil dan Masjid Darul Istiqlaal, Kampung Sungai Maong.

    Selain itu, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Masjid Al-Hakim Muda Hashim, Surau Darul Uyuun, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Alamanda dan Surau Darul Qabaar, Kampung Temedak turut menyertai perarakan tersebut.

    Turut hadir sama Pengerusi PASBK; Abdul Rahman Zainuddin, Pengurus Besar AKYBMS; Datu Hj Sanib Hj Said dan ahli pertubuhan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...