More
    Home Sarawak Betong Penganjuran Maludam Explore Race 2023 bantu tingkatkan ekopelancongan terutama ekonomi penduduk Maludam

    Penganjuran Maludam Explore Race 2023 bantu tingkatkan ekopelancongan terutama ekonomi penduduk Maludam

    PUSA, 27 OGOS 2023 (SNN): Penganjuran Maludam Explore Race 2023 mampu membantu meningkatkan ekopelancongan yang ada di kawasan Maludam terutamanya dalam sektor sosioekonomi komuniti di kawasan tersebut.

    Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh dipetik dari UKAS, Maludam mempunyai tarikan tersendiri yang boleh diketengahkan kepada orang ramai samada pelancong dalam atau luar negara.

    “Maludam adalah sebuah daerah kecil yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti Taman Negara Maludam yang terkenal dengan spesies monyet seperti ‘Red Banded Langur’ dan ‘Proboscis Monkey’.

    “Dengan penganjuran acara seperti Maludam Explore Race, kita akan dapat menunjukkan keunikan dan keindahan alam semula jadi serta budaya setempat kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya berucap dalam Majlis Perasmian Maludam Explore Race 2023 pada Sabtu.

    Datuk Len (Tengah) merasmikan simbolik perasmian Maludam Explore Race 2023 di perkarangan Pasar Baharu Maludam.

    Tambahnya, beliau berterima kasih dengan pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kerana sanggup bekerjasama untuk menjayakan program yang berfaedah ini.

    Jelasnya, usaha SFC dalam menjaga dan memelihara hutan serta hidupan liar di Sarawak adalah sangat penting dalam usaha membangunkan ekopelancongan yang mampan.

    Terdahulu dalam ucapan aluan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, beberapa projek bakal dijalankan dan dirancang di kawasan Maludam.

    “Satu projek berskala besar bakal dilaksanakan pada 2024 iaitu projek tebatan banjir yang bernilai RM40 juta bagi Daerah Maludam.

    “Dalam masa yang sama, pihak kami juga akan merancang projek perparitan di kawasan Maludam Triso untuk ditengahkan,” katanya.

    Ujarnya lagi, projek ini memakan masa yang lama untuk disiapkan, namun infrastruktur yang diberi keutamaan disebabkan penduduk Maludam mengalami banjir hingga merosakkan tanaman dan kediaman penduduk setempat saban tahun.

    Beliau juga berharap semua pihak terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk setempat memudahkan segala urusan kerajaan untuk membangunkan kawasan Maludam.

    Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 SFC; Abang Arabi Abang Aimran, Pemangku Pegawai Daerah Pusa; Bujang Ladi, Penghulu Kampung Maludam Triso; Mahli Ismail, Penghulu Kampung Spinang, Semarang dan Batang Maro; Musa Zin Penghulu Zon Beladin; Mahbang Labek, Ketua Jabatan dan Ketua Kaum di kawasan Daerah Pusa.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...