More
    Home Sarawak Betong Penganjuran karnival seperti Karnival Beting Maro harus diangkat sebagai acara tahunan bagi...

    Penganjuran karnival seperti Karnival Beting Maro harus diangkat sebagai acara tahunan bagi memabantu tingkatkan sosioekonomi masyarakat

    BELADIN, 24 DISEMBER 2023 (SNN): Penganjuran Karnival Beting Maro (KBM) 2023 wajar diangkat sebagai acara tahunan yang memberi impak besar dalam memajukan taraf ekonomi masyarakat tempatan selain menarik minat pelancong.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, KBM 2023 menjadi platform penting dalam mempromosikan produk tempatan dari pelbagai sektor dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro terutama dari sekitar Daerah Pusa sekaligus memberi peluang masyarakat memasarkan produk mereka kepada orang luar.

    Katanya, kerajaan negeri kini mengambil berat aktiviti pelancongan dan pembangunan komuniti yang bukan hanya memberi manfaat kepada kawasan bandar dan luar bandar bahkan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan.

    “Selain itu, pendedahan dan pendidikan mengenai dasar-dasar, halatuju serta kemudahan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada pengusaha tempatan di kawasan ini juga akan memberi pengetahuan terkini sebagai sokongan dalam meningkatkan hasil usahawan tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Beting Maro 2023 di Dataran Temenggong Kadir Beladin, Pusa pada Sabtu.

    Pada Majlis Perasmian KBM 2023 YB Datuk Mohamad Razi turut mengumumkan sumbangan MR10,000 kepada penganjur bagi menggalakkan aktiviti seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang-Foto MySaribas

    Jelas beliau lagi, Kerajaan Sarawak melalui kementerian beliau memberikan sokongan melalui pelbagai inisiatif dan program untuk membangunkan perniagaan kecil dan sederhana dan berharap usaha terbabit akan diteruskan demi untuk mengangkat hasil produk pertanian, destinasi tempatan serta budaya asli khususnya di kawasan Beting Maro termasuk Daerah Pusa.

    Dalam pada itu, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor berharap karnival seperti ini dapat diteruskan dan dianjurkan setiap tahun kerana secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi penduduk selain menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat.

    Tambahnya, beliau turut menjelaskan sebanyak 40 unit rumah kos rendah akan dibina di Pusa sebagai inisiatif kerajaan negeri memberikan kemudahan kepada rakyat yang layak mendapatkannya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 4,447 menara dan struktur telekomunikasi siap dibina bukti Sarawak komited...

    0
    KUCHING, 01 MEI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam misinya meningkatkan kesalinghubungan telekomunikasi merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Menteri Utiliti...